Lebih mngjutkn, artis itu rupanya seorg hafiz sejak usia 13 thun dan kerap kongsi agama..



 Seorang pempengaruh Indonesia yang cukup popular di TikTok sedang menjadi perbualan hangat selepas gambar dirinya bermesra dan bercium dengan wanita di dalam kelab malam tersebar.

Kantoi

Gus Zizan didakwa bercumbu dan bercium dengan Tik Toker serta penyanyi wanita seksi, Zoe Levana di dalam kelab malam baru-baru ini.
 
 

Salah seorang pengguna media sosial mendakwa pemuda yang berasal dari Lombok itu sedang bercinta dengan wanita lain sekaligus didakwa curang.

“Apa yang diharapkan wanita itu bercium dengan Gus Zizan sedangkan dia masih bercinta dengan kawan saya,” dakwa pemilik akaun Tik Tok @/Jadoreeforeverr seperti dilaporkan InsertLive.com.

Tindakan mereka bercumbuan di kelab malam juga membuat netizen mula mengorek kehidupan peribadi Gus Zizan.

Tiktokers muda tersebut dikenali sebagai Gus Zizan itu diketahui kerap berkongsi konten keagamaan di atas kapasiti sebagai tokoh muda Nahdlatul Ulama (NU) termasuk aktiviti dirinya yang menjadi penceramah pada usia 21 tahun.

Hafiz Al-Quran

Dia yang kini menjadi mahasiswa di sebuah universiti diketahui sudah menjadi seorang hafiz Al-Quran sejak berusia 13 tahun.
Gus Zizan atau nama sebenarnya Nashron Azizah itu juga lahir daripada keluarga alim ulama dengan bapanya, seorang pendiri sekolah pondok (agama).
Namun Gus Zizan menafikan dirinya telah bercumbu dengan Zoe dan menyifatkan video serta gambar yang tular sebagai salah faham.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post