Mudah & Murah, Abang Ni Kongsi Cara Nak Tanam Sawi Kingkong Dalam Botol, Daun Hijau Elok



 Menanam sayur dalam bekas terbuang tidak mendatangkan masalah kerana alih dan boleh ditanam di mana-mana sahaja sekali pun di atas lantai simen. Ini yang dilakuan oleh berkongsi hasil tanaman sawi king kong. Menariknya cara tanamnya mudah dan menjimatkan.

Cara ini juga mengelakkan dari serangan siput dan dirosakkan oleh haiwan lain. Bagi yang berminat untuk bercucuk tanam tapi tiada ruang boleh juga ikut perkongsian beliau ini.

Sedikit perkongsian untuk yang baru mula bercucuk tanam. Gambar hasil tanaman saya menggunakan botol minyak masak sebagai bekas tanaman.

TANAM SAWI KING KONG DALAM BEKAS MINYAK/BOTOL MINUMAN, SANGKUT PADA TIANG

Botol minyak masak ini dipotong dua dan dilubangkan di bahagian bawah. Letak besi pada bekas untuk mudah disangkutkan pada tiang.

Medium yang digunakan cocopeat saja sebab ianya ringan untuk disangkut pada tiang.

CARA PENANAMAN :

1. Untuk biji benih boleh cari jenis sawi giant (boleh beli secara online).

2. Semai biji benih dulu tunggu sehingga anak pokok sawi ada 4 helai daun kemudian barulah dialihkan dalam bekas minyak/botol yang berisi cocopeat.

3. Sebaiknya alih pada waktu lewat petang dan letak di tempat redup dulu 2-3 hari supaya stabil.

4. Untuk lebih mudah boleh juga semai terus biji benih dalam bekas tapi basahkan cocopeat terlebih dahulu. Cara ini anak pokok sawi tak perlu dialih.

5. Tanam 1-3 pokok sawi dalam satu bekas dan lakukan siraman dua kali sehari. Jika cocopeat lembap tak perlu siram.

6. Selepas seminggu dialihkan boleh baja tapi dalam dos yang rendah. Guna baja AB. Supaya daun elok cantik lakukan juga semburan cuka kayu.

Ini adalah hasil sawi selepas lebih kurang 40 hari.

Sumber : Mohd Farhan Razali via VK

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post