Pasangan viral bakal disatukan harini, ini kata2 imam.



 Pasangan tular yang membawa anak menaiki motor kembali meniti di bibir netizen apabila pasangan tersebut dikhabarkan bakal bernikah hari ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu pendedahan di aplikasi TikTok oleh seorang lelaki yang berstatus imam di Masjid Al-Makrufi di Alor Setar, Kedah dikenali sebagai ametla93 atau Muhammad Hazamer Mualim.

Azlan ucapkan terima kasih kepada pihak masjid

Menurutnya, Mohd Azlan bersama bakal bapa mentuanya telah hadir bertemu dengannya bagi mendapatkan bantuan mengisi borang permohonan nikah. Menerusi satu temu bual bersama mStar, Azlan, 36, mengesahkan perkara tersebut sekali gus mengucapkan terima kasih kepada pihak masjid di atas kesudian pihak mereka bagi melancarkan urusan menghalalkan pasangannya.

Hidayu bercerai dengan bekas suaminya pada Ogos 2023

Sebelum ini wujud satu dakwaan mengatakan bahawa pasangannya iaitu Noor Hidayu Halim, 34 masih berstatus isteri orang. Menurutnya, Hidayu sudah bercerai dengan bekas suaminya pada Ogos 2023 dan selesai menamatkan tempoh idah. Namun  proses tergendala kerana sejumlah RM60 diperlukan bagi melengkapkan borang cerai dan disebabkan oleh desakan hidup mereka tidak mampu ketika itu, sehinggalah mereka menerima bantuan daripada pihak masjid dan orang ramai.

Azlan nafi dakwaan melarikan diri bersama pasangan

Menjawab dakwaan dirinya bersama pasangan melarikan diri, Azlan bertegas menafikan perkara tersebut. Sebaliknya tahap kesihatan anak mereka yang tidak mengizinkan menyukarkan mereka untuk mempercepatkan urusan. Oleh itu, bayinya ditinggalkan di rumah bersama pasangan sambil ditemani bakal ibu mentuanya. Berkenaan isu bersekedudukan pula, mereka bukanlah sengaja berbuat sedemikian namun disebabkan keadaan mendesak mereka terpaksa membuat keputusan itu.

Berulang-alik ke pusat rawatan menaiki motor bagi mengambil ubat

Sebelum ini, kisah pasangan itu mendapat perhatian ramai apabila tular sebuah video memaparkan mereka membonceng motosikal bersama seorang bayi lelaki yang dilihat memakai bantuan alat pernafasan. Hasil siasatan mendapati, tiga beranak tersebut terpaksa menaiki motosikal bersama untuk berulang-alik ke pusat rawatan bagi mengambil ubat buat anak mereka yang menghidap masalah paru-paru kronik.

Kredit : Portal mStar Online & TikTok ametla93

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post