Puteri Sarah Liyana Membuat Kejutan Sempena Hari Lahir Buat Datuk Yusuf Haslam Buat Ramai Tersentuh

 


Hubungan akrab antara Datuk Yusuf Haslam dan Datin Patimah dengan menantu mereka, Puteri Sarah Liyana diketahui umum dan ramai yang suka melihat ukhuwah yang terjalin antara Puteri Sarah dan mertuanya itu. Di mana sahaja Sarah perlukan sokongan, pastinya akan ada Datuk Yusuf dan Datin Patimah.

Meninjau akaun Tiktok Rosfazeera3, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Puteri sarah membuat kejutan sempena hari lahir untuk bapa mertuanya ini. Turut sama dalam video tersebut adalah kru set penggambaran yang lain yang sepakat untuk meraikan Datuk Yusuf.

Reaksi wajah Datuk Yusuf yang sebak dapat dilihat menerusi video ini. Masih ramai yang menyayangi Datuk Yusuf dan semua menyanyikan lagu selamat hari lahir untuk kesayangan mereka ini. Sewaktu Puteri Sarah bersalaman dengan Datuk Yusuf, pantas Datuk Yusuf memeluk menantu kesayangannya ini.

Ramai yang sebak melihat kemesraan Puteri Sarah dan Datuk Yusuf, layanannya itu sudah seperti anak sendiri sahaja. Kasih sayang yang tidak akan putus sehingga ke hujung nyawa. Sekali pun Puteri Sarah bukan lagi isteri Shamsul tetapi statusnya sebagai menantu akan kekal selamanya terhadap mertuanya itu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kasih sayang mertua dengan menantu yang sangat istimewa.. dah jadi macam anak dan ayah sendiri dah.. ”

” Yang aku nampak, dato memang sayang Puteri Sarah.. kalau Puteri Sarah salam, msti dato tarik Puteri Sarah, dato rindu sol jugak 2.. ”

” Mertua dan menantu, One in a million kan.. Putri Sarah Liyana datuk Yusuf Haslam semoga selalu dlm lindungan Allah.. ”

” Kesian tengok dato.. Orang luar lagi yag menyayangi.. semoga sehat-sihat dato. slmt hari jadi Dato.. kekuatan dato adanya menantu kesayangan puteri Sarah.. ”

” Menangis juga melihat seorg ayah yg begitu menyanyangi menantu sprti anak perempuan sendiri. PS kamu bertuah dpt kluarga in law yg menyanyangi kamu.. ”

” Sayang betul dato dekat menantu kesayangan… untung sarah.. alhamdulillah datok sayang menantu MCM anak sendiri .. ”

” Tetibe nampak airmuka dato sedih , terharu.. dh mcm ayah dgn anak sdri.. dh naik sebak aku di buat nya. nampak ikhlas kasih syg antara datok datin dgn PS.. ”

Walaupun gembira terpancar juga wajah sayu Datuk Yusuf yang membuatkan warganet turut menyedarinya. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat Datuk Yusuf Haslam dan semoga sentiasa gembira bersama keluarga tersayang.

Sumber : Tiktok Rosfazeera3 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post