Rahim Sepahtu Kongsi Video Di Hari Konvokesyen Isteri Pertamanya, Kolin Abdullah Di Sebuah Universiti Raih Perhatian Warganet. Alahai Sweet Betul Cara Rahim Buat Video, Tahniah Kolin !!



 Meninjau di akaun Instagram milik pelawak dan juga penyampai radio, Rahim Sepahtu telah dikongsikan satu video yang memaparkan isteri pertamanya, Kolin Abdullah menghadiri majlis konvokesyen di Management and Science University baru-baru ini.

Pada awal video, kelihatan Rahim sedang menyiapkan Kolin dengan menolong Kolin memakai jubah konvo. Selepas itu, Rahim membuat video saat Kolin sedang beratur dan Rahim berkata kepada Kolin bahawa dia akan tunggu di dalam dewan.

Sepanjang Kolin berjalan hingga lah naik ke pentas, Rahim merakam memori terindah isterinya itu. Bahkan setelah selesai konvo, Rahim dan Kolin turut mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama. Di ruangan kapsyen, Rahim menitipksn kata tahniah buat Kolin.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang tak menyangka Kolin sebelum ini menyambung pengajiannya dan ada yang memuji bahawa penampilan Kolin di hari konvokesyen kelihatan sangat cantik. Hingga kini, perkongsian video oleh Rahim menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

 

Di ruangan komen, pelbagai komen-komen warganet dan mereka juga turut mengucapkan tahniah kepada Kolin. Antara komen-komen menarik adalah :

” Weh serius memang tak nampak macam mak-mak yang convo, cantiknya Kak Kolin.. Kita jeles tgk mak2 yg boleh smbung belajar ni.. “

” Tahniah kak.. Pembakar semangat jga tgk ni.. Tengah fkr ni nk smbg bljr ke tak.. Seronok tengok kak konvo.. Cantik betul.. “

” Cantik isteri Rahim.. Semoga dipermudahkan urusan harian, kekal sehat, diluaskan rezeki dan juga Berjaya setiap bidang yang diceburi juga Berjaya menjadi isteri yang bertanggungjawab.. “

” Tahniah kerana menjadi orang terbilang.. So sweet tengok Rahim buat video wife dia.. Nampak bahagia sangat tau.. “

” Comelnya muka Kak Kolin cari3 pastu dh jmpa trus snyummm.. Sweet pasangan ni dah macam orang muda lah, hahaha.. “

” Wahhh tahniah kak, dah lah cantik pastu bijak pula.. Bagus betul isi masa belajar, semangat tinggi kak Kolin ni. hebat betul orangnya.. “

” Alhamdulillah, tahniah Kolin, konvo sama hari dengan anak saya lah..  Hebat, sebagai seorg ibu isteri dan anak masih ada masa mengejar impian.. “

Jarang Rahim berkongsi video sweet dengan isterinya di akaun Instagram. Kata-kata Rahim buat Kolin pun sangat bermakna. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diperolehi oleh Kolin, semoga segala impian dan cita-cita Kolin akan tercapai.

 

Sumber : IG rahimr2

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post