Ramai artis takvt hilang rezeki? Ni ayat padu Rita Rudaini



 Pelakon wanita, Rita Rudaini pesan selebriti usah takut hilang rezeki disebabkan pendirian menyokong Palestin dan menolak untuk mempromosikan jenama berhubung kait dengan ‘penjajah’.

Pernah lalui situasi hampir sama

Ujarnya di Insta Story, dia pernah melalui situasi hampir serupa sewaktu isu vaksin susulan mengambil pendirian enggan disuntik.

“Kalau yakin rezeki itu dari Allah, insyaAllah. Jangan risau, jangan takut. 
“sis dah pernah lalui zaman-zaman vaksin dulu. 
“No, vaksin, no job for you Rita. But diorang lupa sis ada Allah. Allah yang pegang rezeki sis,” tulisnya.

Rita Rudaini pesan jangan takut, rezeki Allah yang pegang

Ujarnya, dia pernah tidak ditawarkan kerja walaupun tahu pelakon tersebut mencari rezeki dalam bidang seni hanya disebabkan enggan mengambil vaksin sewaktu zaman pandemik beberapa tahun lalu.

Namun, dia percaya bahawa rezeki yang diterima adalah daripada Allah dan tidak langsung putus asa.

Rita Rudaini pesan buat rakan2 artis

Pesanan yang dibuat Rita tersebut susulan ramai rakan artis yang dikecam netizen di media sosial disebabkan tindakan bekerjasama dengan jenama-jenama boikot.

Gerakan Blockout2024 yang sedang hebat diperkatakan di media sosial turut menyenaraikan beberapa nama seperti Awal Ashaari, Scha Alyahya, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Daiyan Trisha, Neelofa dan ramai lagi.

Beberapa selebriti telah bersuara dan menjelaskan kedudukan mereka yang masih berpendirian menyokong Palestin walaupun terikat dengan kontrak kerjasama beberapa jenama yang diboikot.

Namun begitu, kebanyakan mereka telah mengambil pendekatan menghentikan sebarang kolaborasi dengan jenama-jenama terbabit selepas kejadian 7 Oktober 2023 berlaku.

Sumber: Instagram ritrud727 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post