Rumah Baru Hafiz Mahamad Dan Syafiqah Aina Buat Ramai Terpersona Melihatnya

 


Meninjau ke akaun Tiktok Hafiz Mahamad, perkongsian sebuah video yang memaparkan rumah baru Hafiz dan isterinya, Syafiqah Aina telah meraih perhatian ramai. Wah, memang cantik sungguh rumah pasangan ini. Sungguh mempersonakan.

Di awal video, Hafiz memaparkan rumah mereka sebelum ini yang merupakan rumah sewa. Rumah sebelum ini juga sudah cukup selesa, namun apabila memaparkan rumah baru mereka, ia lebih cukup daripada selesa. Sangat cantik dan besar.

Hiasan dalaman rumah baru pasangan ini cukup cantik seperti berada di dalam sebuah resort. Menurut Hafiz, rumah baru ini merupakan hak milik Aina sepenuhnya. Pastinya rasa sangat berbaloi apabila segala usaha selama ini membuahkan hasil.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 79 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Siapa sangka sebelum ini mereka hanya menyewa kerana ingin menumpukan perhatian kepada urusan perniagaan mereka sehingga berjaya.

Jom tonton video di bawah :

@hafizmahamad “Rumah Baru Kami” @Syafiqah Aina Happy sangat bila tengok anak anak semalam masuk rumah. Rasa rindu juga dekat rumah sewa kami sebelum ni, banyak kenangan dkt situ Saya happy bila Aina terima je kita hidup sederhana & duduk menyewa selama ni. Dia tak pernah nak demand mcm mcm & itu yg buat saya sebagai suami happy. Rumah baru ni pun, mmg milik isteri sepenuhnya. Saje buat camtu, biar ada rasa sedar diri yg saya menumpang rezeki isteri selama ni Ramai yg tanya saya & Aina sebelum ni. Kenapa menyewa selama ni, sedangkan business bagus ? Alhamdulilah, selama ni saya & Aina focus bangunkan @AINAA dulu. Tak sangka Allah dtgkan team yg baik baik dalam hidup kami & dari sini ada 1 perasaan yg ssh nak diceritakan Saya & Aina malu jika kami berlebih lebih terlalu jauh dari mereka. Kami beli rumah ni pun selepas dh sediakan tempat selesa untuk team bekerja. Team Agent Stokis Ainaa pun dh ramai yg ada rumah sendiri Saya ada mohon izin isteri, kalau nak beli rumah. Biarlah nilai komitment rumah tu kalau team dengar, nilai tu team mampu bayar/beli. Taknak dengar reaction, weh mahalnyaa.. Alhamdulilah, rumah baru ni dh cukup selesa sangat untuk keluarga kecil kami. Taklah besar & tak lah kecil. Mohon banyak kasih sayang & kenangan yg terbina disini Nak Full House Tour tak ? jangan tanya saya pasal konsep tau, sbb segala benda dlm rumah ni Aina & @Legit Interior ® ♬ original sound - Hafiz Mahamad

Di ruangan komen ramai yang memuji kecantikan rumah baru pasangan ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Saya bukan setakat nak beli rumah, skrg nak bayar sewa rumah pun termenung doakan saya dgn suami dimurahkan rezeki ye.. “

” Kat sabah rumah mcm nie ongkos juta suda….. apa pun alhamdulillah.. semoga bertambah murah rezeki… amin30x.. “

” Baru tengok semalam rumah ni . cantik sangatt rumahnyaaa . semoga ada rezeki untuk family saya .. Semoga Hafiz, Aina sekeluarga terus dimurahkan rezeki & semoga diberi kesihatan yang baik.. “

” Masya Allah cantik ye umah aina dan hafiz.. semoga permudahkan segala urusan abg Hafiz insha’Allah kebahagian demi kerjayaan.. “

” MashaAllah cantiknyaaa semua nyaaaa  moga semua membaca , keluarga hafiz aina dan saya dimurahkan rezeki selalu.. “

” MashaAllah. Cantik nyaaa. Doakan kami juga. Kami teringin nk beli rumah sendiri  & teringin nk naik gaji.. Jangan malu kalau kita mula hidup sewa dulu.. “

” Masyaallah cantik sungguh,sume ni titik usaha berkat kesabaran hafiz dgn aina jugak rezeki tu dtgnye dr Allah swt tabarakallah.. “

Sememangnya cukup cantik dekorasi rumah Aina dan Hafiz ini. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini kerana berjaya memiliki rumah idaman yang cantik dan selesa. Semoga kejayaan pasangan ini menjadi sumber inspirasi buat orang ramai untuk berjaya.

Sumber : Tiktok Hafiz Mahamad

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post