Saidah Kamarudin Kini Tunang Muntazar Ghufran, Perbezaan Umur Jadi Perhatian



 Khabar gembira dikongsikan oleh aktres, Saidah Kamaruddin yang rupa-rupanya sudah selamat bertunang dengan pelakon, Muntazar Ghufran. Berita baik tersebut dimuat naik oleh Saidah sendiri ke ruangan TikToknya sejak 2 hari lalu lantas meraih perhatian ramai peminat.

Alhamdulillah, one step closer

Saidah yang sebelum ini membawa watak Amy dalam drama ‘Takdir Itu Milik Aku’ dilihat anggun mengenakan busana ungu lembut sedondon dengan Muntazar. Daripada video yang dikongsikan, nampaknya majlis pertunangan itu dijalankan secara tertutup hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Muntazar justeru melafazkan kata syukur kerana mereka sudah menuju satu langkah ke depan dengan sebuah ikatan lebih bermakna.

@muntazaghufran Alhamdulilah One Step Closer♥️ @Saidah Kamarudin #OverTheMunForSaidah ♬ Nikmati Perjalanannya - Chintya Gabriella

“BF muda sangat la, mesti tak lama ni”…La tunang dah, hai fiance

Walaupun ada yang pernah meragui masa depan jodoh mereka ekoran usia yang agak jauh, pertunangan itu seakan-akan menepis segala tanggapan tersebut. Bagi yang tidak tahu, Saidah berusia 28 tahun manakala Muntazar pula berumur 21 tahun.

@saidahkamarudin Hi fiancé @muntazar ghufran 💗 #onestepcloser #OverTheMunForSaidah ♬ Lantas X Tampar - Family Affair's

Kecik-kecik dah tengok dia berlakon kat TV sampai tunang, aku masih perjuangkan title single

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Ada juga yang tidak menyangka Ghufran yang sebelum ini diminati sebagai pelakon kanak-kanak kini sudah pun bertunang.

Muntazar Gufran merupakan adik kepada pelakon Firdaus Ghufran dan 2 beradik berketurunan Melayu-Pakistan ini sudah berkecimpung dalam dunia seni sejak kecil lagi.

KREDIT : TikTok Saidah Kamaruddin

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post