'X setuju nama disenarai' - Netizen. Mira filzah tunjuk bukti



 Pelakon Mira Filzah, 31, menegaskan dia tidak pernah diam mengenai isu di Palestin seperti tuduhan yang tular dan namanya tersenarai dalam kempen boikot Blockout2024.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, pengikut media sosialnya juga pasti tahu dia aktif bersuara mengenainya sejak sekian lama.

"Siapa yang sudah lama ikuti akaun media sosial, mesti tahu apa yang saya selalu kongsi. Mari saya tunjuk ya.

"Sebelum 12 Mei, (sebelum trend boikot artis menjadi tular) pada tarikh 7 hingga 10 Mei pun saya ada muat naik. Sejak Januari pun sudah muat naik, bukan 'dan dan' (tiba-tiba)," katanya dalam aplikasi X.

Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu reda jika ada yang ingin memboikotnya, namun berpesan agar segelintir netizen menjaga kata-kata mereka.

"Saya bercakap ini untuk semua. Lakukan apa saja yang anda mahu. Kalau ingin sekat, buatlah tetapi tidak perlu sampai keluarkan kata-kata yang tidak baik.

"Itu 'blockout' bukan 'makiout'.

"Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala," katanya.

Terdahulu, wujud gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Ia adalah tanda rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk berkaitan atau menyokong Israel dalam media sosial milik mereka.

Kempen yang tercetus sejak Met Gala 2024 baru-baru ini turut tular dalam kalangan netizen tempatan.

Malah, wujud senarai beberapa nama selebriti yang dikatakan masih mempromosikan produk menyokong Israel.

Selain Mira, nama artis tempatan yang turut disebut antaranya Nadhir Nasar, Scha Alyahya, Daiyan Trisha, Eyka Farhana, Nabila Razali, Ameera Khan dan Neelofa.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post