“1 Helai Bulu Pun Makcik Tak Halalkan..” – Wanita Ini Dikecam Pertikai Pembahagian Daging Korban



 Tular di media sosial sejak semalam mengenai seorang wanita yang melakukan ibadah korban di sebuah masjid terkenal di Sungai Petani meluahkan rasa tidak puas hati dalam isu pembahagian daging korban yang dilakukan pihak masjid.

Dalam hantaran yang dimuat naik Ustaz Yaakub Yusra, salah seorang AJK Masjid Madad Sungai Petani, seorang peserta ibadah korban ada meminta bahagian daging lembu meskipun telah dimaklumkan mengenai pembahagian kepada golongan yang berhak.

Wanita ini turut persoal cara pembahagian daging korban…

Malah, dalam mesej yang dihantar wanita itu, dia mengkritik cara kerja dan juga pembahagian daging-daging lembu korban yang dirasakan wanita itu sebagai tidak adil.

Ni mak cik nak habaq mak cik nak kaki, nak perut, nak hati, nak paru. Kelmarin kata dalam resit tulis nak daging saja. Hari ini mak cik tulis semua.

Kalau tak bagi 1 helai bulu pun mak cik tak halalkan. Bukan berkira tapi tegas pada golongan faham agama. Cakap lain buat lain.





Peserta korban perlu tahu niat asal kerjakan ibadan korban…

Kata Ustaz Yaakub, setiap peserta perlulah maklum mengenai niat asal dalam mengerjakan ibadah korban.

Dalam akad kita sudah maklum, 1/3 diberikan kepada penama manakala 2/3 diberikan kepada orang ramai. Ingat kami jual kat market ka?

Maka tuan-tuan, kami minta team kami ganti balik, telinga lembu kami bagi balik kat dia, kami bukan nak buat untung. Lepas ni dalam akad tengok bagi elok.

@yaakubyusra Replying to @mohdazainiabdullah iyaa semua ikhlas datang membantu,nak harap kan team madad semua kami pon belajar-belajar lagi#murtadhadakwahcentre #korban #madad ♬ original sound - Ustaz Yaakub Yusra

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terkejut gara-gara melihatkan sikap individu yang tidak memahami erti ibadah korban.

Kredit: TikTok

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post