4 maut lebih 30 cedera.. Kemalangan Rombongan guru cetus hiba



 Seorang lagi penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat awal pagi Ahad, meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat tragedi itu kepada empat orang.

 
Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof, Dahlia Ahmad, 52 tahun, meninggal dunia pada pukul 9.15 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
 

Sebelum ini, tiga mangsa dilaporkan maut iaitu penumpang bas, Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Jeram, Hasnatul Adilah Hassan, 48, ketika ditempat kejadian, pemandu kedua bas, Hadi Ashraf Mad Idris, 29, yang maut ketika dalam perjalanan ke hospital Muadzam Shah, dan Hamzah Ahmad, 60, pembantu operasi sekolah, maut ketika menerima rawatan di HTAA.

Dalam kejadian tengah malam itu, sebuah bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat Simpang Tiga Bahau, Muadzam Shah.
 
Siasatan awal polis mendapati pemandu bas berkenaan gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh sebuah lori treler yang membawa muatan gelung besi, sebelum terbalik dan jatuh di cerun jalan.
 
 
Bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka, menuju ke Terengganu bagi menghadiri program penanda aras.
 
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata berdasarkan siasatan awal mendapati pemandu bas berkenaan gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh treler tersebut.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi mengakibatkan bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan.

Beliau berkata, bas berkenaan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Nor Azman berkata, seorang guru maut di lokasi kejadian, manakala pemandu kedua meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila keadaan gelap di simpang tiga Bahau dan pemandu bas itu telah hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi, sebelum terbalik di cerun jalan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata identiti mangsa yang meninggal dunia sedang dikenal pasti dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk menerima rawatan.

Nor Azman meminta saksi kejadian supaya tampil membantu pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post