Aliff Syukri nasihat wajib angkat ‘call’ bos walaupun bukan waktu kerja


 Dalam dunia pekerjaan, etika komunikasi antara majikan dan pekerja sering menjadi topik perbincangan. Ada yang berpendapat bahawa majikan yang baik dan prihatin tidak akan mengganggu pekerja di luar waktu bekerja atau cuti, kerana kesihatan fizikal dan mental pekerja perlu dijaga.

Namun, usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri, mempunyai pandangan yang bertentangan. Menurutnya, pekerja perlu mengangkat panggilan telefon dari majikan jika dihubungi tanpa mengira waktu.

@papalarisofficial

Untuk boleh berjaya korang mestilah kerja tak berkira, yang paling penting kalau boss telefon di angkat jangan senyap…

♬ Motivation - neozilla

Kena jawab panggilan, mungkin ada perkara penting

“Bos selalu telefon time bukan waktu kerja. Boleh angkat panggilan tak? Okey, bila bos korang telefon time bukan kerja kena angkat. Wajib angkat, kena jawab. Manalah tahu ada perkara penting.

“Kalau bos telefon waktu cuti Sabtu dan Ahad, kena angkat panggilan tak? Kena angkat. Sebab apa? Orang yang rajin, orang yang bos nak hargai ini adalah orang-orang yang tak berkira.

“Jadi walaupun time cuti, kena beritahu “Ye bos, kenapa bos, apa yang boleh saya bantu?”. Kalau kau tengah sibuk, kau tak sempat nak angkat panggilan telefon. Balas WhatsApp dan cakap, ‘Kenapa bos? Tadi saya tengah mandi, berak’.

“Jangan senyap sebab kalau kita sendiri nak jadi bos kepada pekerja kita, tapi tak boleh menghormati bos. Tak nampak dedikasi, macam mana bos nak menaikkan pangkat dan gaji?

Nak naik gaji atau pangkat, kena tunjuk dedikasi

“Jadi sebagai seorang pekerja yang bagus (haruslah) sentiasa mengangkat panggilan telefon majikan walaupn siang, pagi atau petang. Cuma kalau tak sempat, kenalah reply. Kita pun tak sempat nak angkat panggilan telefon kan?

“Bagi saya, seorang pekerja yang bagus akan sentiasa berdedikasi dan bertanggungjawab pada bila-bila masa yang diperlukan. Jadi kepada anda yang susah nak menjawab panggilan telefon bila bos telefon, fikir-fikirkan.

“Bila anda mendapat orang yang hebat, anda perlulah menjadi seorang pekerja yang hebat. Dan ketika anda dah jadi pekerja yang hebat, anda akan menjadi ketua yang hebat,” katanya.

Majikan sebegini tak wajar dicontohi

Namun, pandangan Aliff mendapat tentangan dari netizen. Ramai yang berpendapat perbuatan majikan mengganggu pekerja di luar waktu bekerja atau cuti adalah sesuatu yang tidak patut dicontohi.

Mereka berpendapat, pekerja juga perlu masa rehat dan privasi dan majikan seharusnya menghormati hak ini.

Pernah buat, tapi tak dihargai majikan

Bukan berkira, tapi bos ambil kesempatan

Kerja nak extra, nak naikkan gaji berkira

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post