"Allahu, baru2 ni dia ckp Doc kata Diabetes je, Tapi ni tiba.." -Netizen


 Penyanyi bervokal tinggi, Azharina Azhar, 39, disahkan menghidap kanser, namun masih belum dapat berkongsi jenis kanser dihidapi.

Azharina berkata, dia sedang menunggu keputusan laporan kesihatannya yang berkemungkinan keluar dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya disahkan menghidap kanser, namun masih menunggu keputusan dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya perlu menjalani dua pembedahan. Sepatutnya pembedahan pertama pada minggu depan, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa kerja yang belum selesai.

"Pembedahan ini terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan kerana saya suka makan.

"Saya kena ubah cara makan, ramai artis yang buat bariatrik dan ia memang membantu mereka," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Realiti berduet bersama Kozae, di sini hari ini.

Tambah Azharina, salah satu sebab memilih menangguhkan pembedahannya kerana ia memerlukan masa untuk sembuh.

Justeru, dia memerlukan masa yang cukup untuk membuat persediaan dan mencari pekerja yang boleh dipercayai untuk menguruskan perniagaannya.

Dalam pada itu, Azharina mendedahkan, dia juga menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu.

Mengakui kedua-dua penyakit dihidapi itu mengganggu emosi dan aktiviti harian, namun dia memilih untuk berfikiran positif.

"Saya juga manusia biasa. Bila sakit tentulah saya akan menangis. Biasanya, saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.

"Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan," katanya.

Terdahulu, penyanyi Elergi Sepi itu kali pertama mendedahkan penyakit dihidapi ketika menjadi tetamu undangan untuk program No Filter bersama Elly Mazlein.

Menurut Azharina, dia mengalami pendarahan teruk ketika menyertai program realiti, All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada September 2023.

Katanya, walaupun tidak mendedahkan secara khusus, namun doktor yang merawat menasihati agar dirinya menjalani pembedahan dan kemoterapi.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post