Askar tendang kepala penunggang motosikal, gagal kawal emosi dapat tahu isteri keguguran selepas dilanggar



 Berita kehamilan isteri sudah pasti disambut penuh bahagia oleh seorang lelaki bernama suami. Malangnya bagi seorang individu berstatus askar ini, satu insiden jalan raya telah menimpanya dan isteri sewaktu mereka baru pulang daripada menghadiri pemeriksaan kandungan di klinik kesihatan.

Sudah beri signal ke kanan, namun ‘dihentam’ dari arah belakang

Rakaman memaparkan insiden kekecohan yang berlaku di Kampung Johar Baru tersebut telah tular di media sosial sejak semalam lagi. Menurut kronologi awal, ketika itu pasangan berkenaan sudah memberikan lampu isyarat untuk membelok ke kanan. Namun penunggang  motosikal lain yang tidak memperlahankan kenderaan terus ‘menghentam’ dari arah belakang.

 

 

Orang ramai cuba menenangkan kemarahan si suami

Akibat hentaman kuat berkenaan, mereka berdua tergolek di atas jalan berkenaan. Panik mengenangkan kandungan si isteri yang baru berusia 2 minggu, anggota beruniform itu gagal menahan emosi dan melampiaskan kemarahan terhadap orang awam tersebut. Orang ramai yang baru pulang menunaikan solat di surau berdekatan juga cuba menenangkan keadaan sebaik mungkin.

Kandungan berusia 2 minggu tidak dapat diselamatkan

Kemuncak kemarahan itu adalah sewaktu askar tersebut dilihat menendang penunggang  motosikal yang ‘menghentam’ kenderaan mereka lantaran terlampau kesal. Walaupun kedua-dua pihak dilaporkan sudah pun berbaik dan menamatkan sengketa tersebut, si suami terpaksa menelan hakikat pahit mengenai keguguran isterinya sekaligus meranapkan harapan mereka untuk bergelar ibu atau ayah.

Kejadian berlaku di Sumatera Utara, Indonesia

KREDIT : Portal Tribunnews

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post