Bekas Suami Irma Hasmie Seronok Luang Masa Dengan Anak & Isteri – ‘Semua Yang Berlaku Ada Hikmah’


 Bekas suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan meluahkan rasa gembira dapat meluangkan masa bersama dua cahaya matanya, Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie.

Quality time

Menerusi hantaran di Instagram, Redza mengucapkan terima kasih kepada dua anaknya itu dan isteri iaitu Fiza atau dikenali sebagai Cacha Salim kerana menjadi sumber kekuatan diri.

Alhamdulillah, dapat meluangkan masa bersama keluarga, mengeratkan hubungan, bina kualiti masa dan perhubungan.

Semua yang berlaku ada hikmah. Terima kasih dan saya sangat hargai baby (panggilan isteri), abang Irfan (anak sulung) dan kak Naylie (anak bongsu) kerana menjadi sumber kekuatan untuk daddy. Semoga kita bersyukur sentiasa, insya-Allah.

Pada hantaran sama, Redza turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan momen mereka sekeluarga ketika bercuti dan berkelah bersama.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan kebahagiaan buat Redza dan keluarganya.

Imbas kembali, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Irfhan, 11, dan Irma Nur Naylie, 10.

Bagaimanapun, pasangan itu disahkan sudah berpisah sekitar Oktober tahun lalu selepas berita perceraian dimaklumkan oleh rakan Irma yang dikenali sebagai Reen Emran menerusi hantaran di IG Story.

Redza kemudian mengumumkan sudah menamatkan zaman duda pada April lalu bersama wanita bernama Fiza.

Sumber: Instagram

[redirect url='https://s.shopee.com.my/3q29u6jyrF' sec='30']

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post