Bella mngaku sendiri tak ada harta yg perlu direbutkn, Hanya ada 1 je dan aliff setuju



 PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak akan menuntut mutaah dan harta sepencarian terhadap Aliff Aziz selepas sah bercerai pada Khamis.

Peguam syarie yang mewakili Bella iaitu Azmi Mohd Rais memaklumkan perkara itu sebagai antara penyelesaian penceraian dan sudah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Aliff juga bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anak mereka iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella.

Pada pukul 1.10 petang Khamis, Aliff atau Mohammad Aliff Aziz, 33, melafazkan talak satu terhadap Bella pada perbicaraan kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bella tidak menuntut mutaah dan harta sepencarian terhadap Aliff.

Lafaz itu dibuat mengikut hukum syarak dihadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najid Wan Hamat.

Bella ketika ditemui memberitahu dia mahu memberi fokus kepada kehidupan baharu selepas sah bercerai dengan Aliff.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, juga meluahkan rasa syukur apabila dia mendapat hak penjagaan dua orang anak mereka.

“Saya tak nak panjangkan apa-apa. Saya tak mahu apa-apa daripada Aliff. Sekarang adalah masa untuk move on.

“Banyak lagi perkara yang saya mahu buat. Syukur anak-anak di bawah jagaan saya. Itu adalah harta paling bermakna.

“Mendapat hak jagaan anak adalah keutamaan nombor satu. Saya bersyukur atas perkara itu,” katanya.

Tambah Bella juga dia tidak keberatan untuk bertemu dengan Aliff di masa akan datang namun tidak memikirkan hal tersebut dalam masa terdekat.

“Belum sempat lagi nak fikir berhubung dengan Aliff buat masa sekarang. Kita lihat macam mana akan datang.

Aliff menyerahkan hak penjagaan anak-anak kepada Bella.

“Biarlah perlahan-lahan. Insya-Allah ini kali terakhir saya hadir ke mahkamah dan syukur semuanya selesai,” ujarnya.

Untuk rekod, Bella menfailkan permohonan cerai pada 13 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu dengan alasan masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post