” Cute je perangai Sari lepas dapat duit raya. Kemain happy, haha.. ” – Netizen


 Sebut sahaja nama pelakon Sari Yanti, pasti ramai yang mengenalinya. Sejak mendirikan rumahtangga bersama pelawak terkenal iaitu Jep Sepahtu, Sari tidak lagi aktif dalam industri seni kerana menumpukan perhatian mengurus rumahtangga dan membesarkan anak-anaknya.

Sempena 1 syawal beberapa hari lalu, Sari turut berkesempatan berkongsi beberapa gambar Hari Raya bersama keluarganya. Namun apa yang menjadi perhatian adalah perkongsian satu video oleh Sari yang memaparkan saat dirinya bersalaman bersama Jep.

Tulis Sari, pada Hari Raya ketiga baru berkesempatan bersalaman bersama suaminya. Paling mencuit hati adalah telatah Sari yang seperti terkejut ketika mendapat duit raya daripada Jep. Sari begitu seronok dan lantas terus memeluk Jep selepas mendapat duit raya.

Sehngga kini, video tersebut menerima belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Ada peminat mengatakan suka melihat telatah pasangan ini ketika saling bermaafan. Alahai, tersenyum lebar Sari dapat duit raya daripada suami tersayang.

Tonton video di bawah ini :

 

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan mereka turut memberikan ucapan selamat Hari Raya buat Sari serta Jep. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cute je perangai Sari lepas dapat duit raya. Kemain happy, haha.. Salam Aidilfitri buat  Jep dan Sari sekeluarga, meriah tengok suasana.. “

” Dpt duit raya tu comel lah.. Mmg reaction tu normal bagi isteri2 kot, hahaha saya pon same happy bila suami pass duit raya lepas salam.. “

” Couple ni saya suka sangat.. Humble n tak pernah menunjuk2 kaya n terpaling bahagia.. Respek.. Selamat hari raya korang.. “

” Comel je sari masa dpt duwit raya tu hihihi.. Sari, dpt duit tu jgn letak dlm frame tau hahahaa.. Suka tengok pasangan ni.. “

” Mcm i bila tiba² dpt duit rayoo, terkojut den hahahhaa.. Sweet sangat pasangan ni.. Dari dulu memang suka sangat tengok.. “

” Couple yg paling sy minat dari dulu smpai sekarang.. Biasa-biasa je walaupun semua orang tahu dorang kaya juga.. “

” Part duit raya tu reaction isteri mmg mcm tu.. Happy btul dpt duit raya.. Sya pun mcm tu.. Nikmat dia lain macam, hahaha.. “

Nampak semakin berseri-seri Sari sekarang ini. Walaupun banyak menghabiskan masa di rumah dengan anak-anak, sari tetap menjaga penampilannya. Apa-apa pun di kesempatan ini juga, kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Sari sekeluarga, semoga lebaran kali ini membawa 1001 makna buat kalian.

Silakan SHARE..

Sumber : IG sariyanti

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post