Hadir Majis Pertunangan Anak Saudara Datuk Red, Netizen Puji Sikap Matang Adira Suhaimi & Datin Red – “Respect Betul! Dua-duanya Terbaik”


 Bekas suami kepada penyanyi popular, Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red meluahkan rasa kesal apabila dia tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya baru- baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Datuk Red memaklumkan, anak saudaranya itu merupakan anak kepada arwah kakak dan abang iparnya yang dijaga sejak berumur 9 tahun.

“Majlis pertunangan anak arwah kakak dan arwah abang ipar saya. Saya jaga dari umur 9 tahun.

“Maaf papa tak dpt hadir. Terima kasih semua dan semestinya merindui #abangred,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons termasuklah memuji tindakan Adira dan Datin Red yang hadir pada majlis pertunangan tersebut.

“Adira dan Datin Red terbaik.

“Suka tengok Adira dan Datin Red.

“Respect Adira, Datin Red dan Datuk Red. Semua matang.

@dato..red majlis pertunangan ank arwah kakak dan arwah abg ipar sya.sya jaga dri 9tahun.maaf papa tak dpt hadir.tq semua dan semestinya merindui …. #abgred ♬ Hanya Rindu - Andmesh

“Bagus Datuk Red ni amanah dan bertanggungjawab.  Susah nak cari bapa saudara yang bolej jaga anak yatim.. selalu orang tak nak ambil tanggungjawab tu. Saya puji sangat,” komen netizen.

Terdahulu, Datuk Red dan Adira sah bercerai dengan talak satu pada 24 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor.

Dan selepas 21 hari perceraiannya bersa Adira, Datuk Red kemudian sah bercerai dengan isteri pertamanya Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Hasil perkahwinan bersama Adira, pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Manakala, hasil perkahwinan bersama Datin Red, pasangan itu dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata lelaki.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post