Ibu Aliff Aziz Akhirnya Muncul Kembali, Luah Rasa Syukur Selepas Anaknya Bercerai Undang Perhatian



 Ibu kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza akhirnya muncul di media sosial selepas lama mendiamkan diri.

Menurut laporan mStar, Hafiza juga meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana dirinya dan keluarga diberikan ketenangan menerusi Instagram miliknya.

Bukan tu jer, ibu Aliff itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan sepanjang kes penceraian Aliff dengan Bella Astillah.

Alhamdulillahirobbilalamin di hari Khamis yang penuh barakah ini kami mengucap syukur Allah permudahkan semua urusan dan memberi ketenangan pada kami sekeluarga.

Yang baik itu semuanya dari Allah dan sebaliknya adalah khilaf dari kami yg daif dan tidak sempurna.

Pada anda yang sentiasa mendoakan kami masya-Allah hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda sekalian dan yang sebaliknya tabarakallah juga kami ucapkan.

Hafiza juga sempat berkata mengenai jatuh bangun dalam sesebuah kehidupan.

Hati yang tenang itu sangat mahal harganya dan hanya Allah yang dapat memberikan kita ketenangan.

Sebagai insan wajib belajar dari segala kehilafan dan mohon Allah kekalkan semoga kita terus istiqamah untuk menjadi insan yang lebih baik.

Ajal maut rezeki kebahagian dan semuanya Allah yang tentukan. Kita terus berusaha selebihnya kita bertawakal pada-Nya. Salam buat semua anda insan-insan hebat semoga sentiasa dalam rahmah dan barakah Allah.

Kredit: mStar | Instagram Ibu Aliff Aziz via OhMedia

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post