"Kalau dia milikku.. Dia akan.. " Berbulan tak sebumbung sblm cerai.. Nedim muatnaik ini jawap persoalan ramai

 

“Percaya lah kalau dia milik ku , dia akan kembali milik ku”

Nukilan yang ditulis bekas suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri di Instagramnya pastinya menyentuh hati ramai memandangkan ia dikongsi beberapa jam selepas sah bercerai dengan bekas isteri.

Tidak ada yang berubah kecuali…

Menerusi posting tersebut, Nedim atau nama sebenarnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri mengatakan tiada yang berubah dalam kehidupannya kecuali seseorang yang bukan lagi miliknya.

“Tiada yang berubah cuma dia bukan milik ku di dalam Islam.

“Percaya lah kalau dia milik ku , dia akan kembali milik ku,” tulisnya.

Nedim Nazri terima kata2 semangat

Dalam posting tersebut, Nedim telah mendapat pelbagai komen daripada warganet dan juga kenalannya yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Mereka juga mendoakan agar urusan Nedim dipermudah dan percaya bahawa susunan Allah S.W.T dalam kehidupan seseorang cukup hebat.

Terdahulu, Nora Danish dan Nedim sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada jam 8.34 malam tadi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Walau bagaimanapun, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 42 menafikan dakwaan perpisahan yang terjadi disebabkan masalah kewangan antara mereka.

Ujarnya, penceraian yang terjadi setelah tujuh tahun usia pernikahan mereka bukanlah pengakhiran hubungan kekeluargaan kerana masih lagi menjaga keharmonian memandangkan anak-anak menjadi keutamaan mereka.

Sumber: Instagram boss_ned

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post