"Memang rata2 isteri semua yang sepenuhnya kontrol duit ke..?" - Netlzen


 BAGI mana-mana lelaki yang bergelar suami, mereka sudah pastinya mahu memberikan kesempurnaan buat isteri dalam kehidupan berumahtangga.

Begitulah yang dilakukan oleh pemuda ini, dek kerana sayang dia mengikut sahaja segala kemahuan isteri.

Ini termasuk menyerahkan semua gaji bulanan kepada isteri sekali gus bertindak menjaga perbelanjaan dan hal kewangannya setiap bulan.

Duit gaji diserahkan kepada isteri setiap bulan. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, dia menerima gaji bulanannya sebanyak RM5,000, namun pendapatan itu dikawal sepenuhnya oleh isteri.

"Setiap kali gaji, RM4,000 cash terus kena bagi dekat tangan isteri.

"Komitmen saya dalam RM1,000 untuk bayar rumah dan yang lain-lain dah bayar cash," katanya.

Menerusi satu luahan di Facebook, katanya, dia pernah menyuarakan kepada isteri agar sebahagian daripada gaji bulanan turut diperuntukkan kepada ibu bapanya.

Namun hasrat itu tidak dipersetujui isteri dengan alasan dia mempunyai adik beradik lelaki lain yang boleh menanggung kedua-dua ibu bapanya.

Lelaki terpaksa membuat pengiraan perbelanjaan bulanan. -Gambar hiasan

Selain itu, isterinya juga sering mengingatkan bahawa dia mempunyai keluarga yang perlu diberikan keutamaan.

"Isteri jawab 'adik-beradik lelaki you kan ada, mereka boleh bagi kan? You kena utamakan famili kita dulu okay'.

"Saya tak berani nak jawab lebih-lebih, takut jadi gaduh. Jadi, saya berdiam je," ujarnya.

Jangan sayangkan isteri sampai diri sendiri yang merana.

NETIZEN

Bagaimanapun, dia mengakui pendapatannya yang dikawal 100 peratus oleh isteri itu secara tidak langsung membebankan kehidupannya.

Bukan setakat itu, perbelanjaan hariannya juga dikawal isteri.

"Duit belanja kerja, makan semua isteri yang control. Dalam RM6 sehari makan kat kantin," luahnya lagi.

Suami tertekan dengan nasib yang menimpanya. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen amat bersimpati dengan nasib yang dialaminya kerana terpaksa menagih dan merayu duit hasil titik peluh sendiri.

Pada masa sama, mereka menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap isterinya yang tidak hormat kepada suami sebagai ketua keluarga.

"Jangan sayangkan isteri sampai diri sendiri yang merana.

"Dah kena 'nasi kangkang' ke ni?

"Sia-sia je jadi lelaki bang kalau sampai tahap kena control macam tu. Kejam betul isteri abang sampai tahap nak bagi duit belanja mak ayah sendiri pun tak bagi," komen netizen.

Malah ada yang menggelarkan lelaki berkenaan sebagai GTB iaitu 'Geng takut bini' kerana terlalu risau hendak membuat keputusan dan hanya menyerahkan segala-galanya pada isteri.

Dalam pada itu, netizen turut mencadangkan agar meletakkan elaun untuk ibu bapa sebagai sebahagian daripada komitmen bulanan.

"Sebelum bagi isteri tu, transfer la siap-siap kat mak ayah. Tak perlu tanya pun tak apa. Gaji tu dah lebih daripada cukup. Bukan semua perkara kena tanya isteri," kata netizen.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post