Proses siasatan bawa ibu Zyan ke lokasi kejadian selesai



 Kelibat ibu kepada kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, 6, dilihat dibawa turun dari kediamannya menuju ke lokasi mayat kanak-kanak berkenaan ditemui.

Suspek dilihat diiringi dan dikawal ketat anggota polis pada jam 11.06 pagi menuju ke arah sungai lokasi mayat Zayn ditemui pada malam 6 Disember lalu.

Wanita berkenaan berpakaian lokap dilihat tertunduk ketika dibawa turun oleh sekumpulan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Terdahulu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan dibawa ke kediaman mereka di blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Pihak polis menutup laluan masuk ke rumah yang disewa oleh ibu bapa arwah Zayn Rayyan di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya Selangor pada Isnin. Foto SInar harian/Hisyamuddin Ayub



Wartawan Sinar Harian yang berada di lokasi mendapati pasangan terbabit yang tiba kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R kediaman terbabit.

Difahamkan, suspek akan di bawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemui iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan semula kejadian.

Media bagaimanapun tidak dibenarkan untuk berada di kawasan perumahan arwah mangsa dan sekadar berada di kawasan hadapan apartment.

 

 
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post