Rupanya Ini Punca Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Syariah?


 Pelakon kontroversi Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat hadir selama tiga jam ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

 
Sumber Harian Metro berkata, pasangan itu tiba di mahkamah pukul 8.40 pagi dan dilihat beredar pukul 11.50 pagi.
 
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan kedatangan mereka ke mahkamah tapi mungkin bersabit kes tangkapan khalwat pasangan itu oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.
 
 
Sumber berkata, bon jaminan RM1,500 yang diberikan mahkamah kepada kedua-duanya dilanjutkan.
 
Menurutnya lagi, prosiding kes itu bakal berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai ini.
Sementara itu, sumber rapat dengan Aliff Aziz berkata, tujuan kedatangan kedua-dua pelakon itu ke mahkamah bukan untuk pendakwaan tetapi berkaitan kes khalwat mereka.
 
"Pertuduhan dibacakan hakim syarie tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka," katanya.
 
Terdahulu, media melaporkan Aliff memohon orang ramai mendoakan kes khalwat membabitkan dirinya dengan Ruhainies menemui jalan penyelesaian terbaik.
 
Menurut Aliff, buat masa ini dia hanya menunggu tindakan selanjutnya selepas memberi sepenuh kerjasama kepada pihak Jawi.
 
Sebelum itu, Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff dan Ruhainies selesai.
 
Mohd Ajib berkata kertas siasatan itu sudah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut.

Aliff dan Ruhainies hadir mahkamah bagi sebutan pertama kes khalwat… Ini penjelasan peguam

PEGUAM mewakili pelakon Aliff Aziz iaitu Hadi Salleh mengesahkan aktor itu dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Menurut Hadi, mereka hadir bagi tujuan sebutan pertama pemakluman tuduhan tanpa merekodkan sebarang pengakuan daripada defendan.

Aliff dan Ruhainies bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan berjumlah RM1,500.

Hadi (kiri) mewakili Aliff dalam sebutan kes khalwat melibatkan aktor berkenaan.

"Ya saya sahkan Aliff dan Ruhainies hadir ke mahkamah pagi ini (Khamis) bersama peguam yang mewakili kedua-dua pihak iaitu saya dan Amirul Ashraf Ghani mewakili Ruhainies.

"Hari ini sebutan kali pertama di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bagi tujuan pemakluman tuduhan iaitu tanpa direkodkan sebarang pengakuan.

"Kedua-dua (Aliff dan Ruhainies) tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM1500 setiap seorang," katanya.

Sementara itu, Hadi memberitahu pertuduhan terhadap Aliff dan Ruhainies akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 3 Julai depan.

"Dijangka sebutan akan datang untuk bacaan pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur," ujarnya.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

Ruhainies dan Aliff ditangkap khalwat di sebuah kondominium di ibu kota pada awal Mac lalu.

Ruhainies bagaimanapun membuat satu kenyataan di InstaStory miliknya menjelaskan dia bukan ditangkap basah bersama Aliff seperti didakwa sesetengah pihak.

Kata Ruhainies, dakwaan salah terhadapnya boleh mengelirukan dan mengeruhkan keadaan.

Aktres drama Terjerat itu memilih mendiamkan diri sekali gus meminta orang ramai tidak lagi mengeruhkan keadaan.

 
Sumber - Harian Metro dan Mstar
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post