"Saya byk korbankan masa" - belum ckup setahun khwin, Nabila Razali buat pengakuan ini.


 SEJAK mendirikan rumah tangga, penyanyi Nabila Razali banyak melakukan pengorbanan termasuk memperlahankan karier seni demi membolehkan dia menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, sebelum ini dia tidak banyak meluangkan masa bersama keluarga kerana sibuk dengan kerja namun perkara itu berubah selepas berkahwin.

"Bila sudah berkahwin ini sudah pasti banyak pengorbanan yang saya lakukan. Bukan selepas saya kahwin sahaja, sebelum ini juga banyak.

Nabila mengorbankan masa bekerja untuk memberi fokus kepada rumah tangga.

"Banyak jenis pengorbanan yang saya lalui tetapi tidak boleh dibandingkan dengan orang di luar sana kerana saya percaya pengorbanan setiap individu itu berbeza.

"Saya banyak mengorbankan masa bersama keluarga kerana komitmen kerja. Apabila sudah berkahwin lain pula, saya korbankan masa bekerja untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabila berpendapat erti pengorbanan sebenar adalah apabila seseorang itu sanggup melepaskan perkara paling berharga dalam hidup mereka untuk orang lain.

"Maksud pengorbanan untuk saya adalah apabila kita mengorbankan sesuatu untuk orang lain dan bukannya bagi diri sendiri.

Nabila mahu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.

"Kadangkala kita berkorban untuk diri sendiri untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik tetapi pengorbanan bagi saya adalah apabila kita melepaskan sesuatu itu untuk kebahagiaan orang lain," ujarnya.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, pada 18 November 2023.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post