“Saya dianiaya, ini semua fitnah” Reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung enam hari



 Anggota keluarga tidak pernah melantik Mahmud Abdul Jumaat sebagai peguam rasmi bagi mewakili ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ringkasan AI

  • Proses lanjutan reman ibu bapa Zayn Rayyan: Proses ini menjadi kecoh apabila ahli keluarga mereka menjerit dan melaungkan kata-kata semangat. Pasangan itu, yang memakai baju lokap berwarna ungu, dibawa ke mahkamah pada jam 9.30 pagi, selepas tempoh reman tujuh hari bermula 1 Jun lalu, tamat hari ini.
  • Kehadiran Datuk dan ahli keluarga: Datuk kanak-kanak itu, Zahari Mohd Reba, turut sama hadir bersama ahli keluarganya berkumpul di luar mahkamah dan memegang kain rentang.
  • Penemuan mayat Zayn Rayyan: Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam. Polis mengesahkan mangsa dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Datuk kepada kanak-kanak tersebut, Zahari Mohd Reba berkata, berlaku salah faham antara peguam dan mungkin juga pihak media susulan penahanan anaknya, baru-baru ini.

Menurutnya, peguam rasmi buat pasangan itu adalah Fahmi Abd Moin dan pasukannya yang akan mewakili pasangan tersebut selepas ini.

Jelasnya lagi, penglibatan Mahmud adalah melalui inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diuruskan anaknya sebelum ini.

Tambahnya, pada masa ini, dia dan keluarga hanya mahu keadilan untuk cucu, anak dan menantunya itu.

“Saya mahu keadilan. Keadilan untuk Zayn Rayyan cucu saya. Pada masa kejadian itu, dia (anaknya) ada bersama saya,” katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Sebelum itu, Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya kecoh ketika ibu bapa kanak-kanak Zayn Rayyan tiba di mahkamah untuk perintah rteman.

Beberapa individu, dipercayai keluarga kedua-dua pasangan itu menjerit, mengeluarkan beberapa perkataan sebaik sahaja pasangan itu tiba di hadapan mahkamah.

Malah, bapa kepada Zayn Rayyan berkata: "Ini semua fitnah" saya dianiaya, saya tidak bersalah” sebelum memasuki pintu mahkamah.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post