"Sedihnya, dah la kehilangan abang, ni mak ayah pulak.." -Netizen sebak lihat reaksi adik Ryan


 Adik lelaki Zayn Rayyan dikenali Mateen sentiasa menanti kepulangan ibu bapanya selepas mereka ditahan dan direman selama tujuh hari bermula 1 Jun bagi membantu siasatan pembunuhan abangnya pada Disember lalu.

Datuk kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan iaitu Zahari Mohd. Reba berkongsi keadaan cucunya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Adik lelaki Zayn Rayyan kerap buka pintu

Menerusi hantaran di Facebook, Zahari memberitahu cucunya sentiasa menanti kepulangan ibu bapanya.

Ia dapat dilihat apabila anak kecil itu kerap kali membuka pintu dan merenung ke luar jendela sambil bertanya bila mereka mahu mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah.

“Mateen menunggu kepulangan mommy dan daddy.
“Kerap kali buka pintu dan selak langsir, adakah mommy dan daddy akan datang ambil Mateen?”kongsinya.

Mateen demam rindu

Zahari juga memaklumkan semalam Mateen mengalami beberapa simptom seperti orang demam dan kemungkinan disebabkan terlalu rindu kepada ibu bapanya kerana sudah lebih seminggu tidak berjumpa.

“Hari ini(semalam) badan Mateen macam demam. Rindu dengan mommy dan daddy dia,”kongsinya lagi.

Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan dilaporkan menangis  dan tertekan ketika sering diajukan soalan bagi membantu siasatan kes bunuh anak mereka.

Perkara itu diberitahu oleh peguam kepada ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Ilyani Khuszairy, selain menegaskan pelaku sebenar masih berada di luar.

Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan reman terhadap pasangan suami isteri terbabit disambung lagi selama enam hari dan akan tamat pada Rabu depan.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam pada 31 Mei.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat kanak-kanak itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Sumber: FB Zahari Mohd Reba

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post