Tahniah, penyampai radio terkenal Hefny Sahad sah bergelar suami Nur Atiqah


 PENYAMPAI radio Hefny Sahad sah begelar suami kepada wanita pilihan hatinya iaitu Nur Atiqah dengan sekali lafaz pada 5.39 petang Sabtu.

Hefny atau Mohamed Hefny Sahad, 37, dan pasangannya disatukan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang dihadiri ahli keluarga dan rakan.

Khabar pernikahan pasangan itu dikongsikan di Instagram rasmi radio Sinar FM.

@sinar_my Alahai malu-malu pula pasangan pengantin baru @hefnysahad dan Nur Atiqah ini tau 😍 Upacara sarung cincin! Tahniah dan selamat pengantin baru buat kalian berdua. Selamat melayari bahtera perkahwinan untuk Hefny dan Atiqah! Moga Allah SWT memberkati ikatan suci ini dan melimpahkan rahmat-Nya ke atas kalian sepanjang hidup korang. 『 Walimatulurus Hefny Sahad & Nur Atiqah 』 #SINARKongsi #LiveUpdateSINAR #DuoSINAR #HefNiqah #WalimatulurusHefnyAtiqah ♬ original sound - SINAR

Hefny pertama kali kongsi foto bersama Atiqah.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan.

Pada majlis tersebut Hefny menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.

Hefny mula dikenali selepas menyertai rancangan realiti On Air 2012 dan berjaya meraih naib juara.

Selain penyampai radio, Hefny juga merupakan seorang pelakon yang terkenal dengan drama Melankolia, Nafas, Maaf Aku Tak Sempura dan banyak lagi.

[redirect url='https://s.shopee.com.my/AUZE3FmpD4' sec='25']

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post