Tak Halalkan Daging Qurban, MADAD Ganti Balik Pada Penama Termasuk Bulu


 Sebelum ini di media sosial, sempat tular tangkap layar seorang peserta qurban mempertikaikan sistem agihan daging qurban yang dikendalikan oleh pihak Murtadha Dakwah Centre (MADAD). Wanita berkenaan menyatakan rasa tidak puas hati kerana merasakan dirinya tidak mendapat bahagian lembu yang dimahukan.

Makcik nak kaki, hati, perut & paru…Kalau tak bagi, 1 helai bulu pun makcik tak halalkan

Lebih mengejutkan lagi, wanita tersebut berkata tidak akan menghalalkan perkara tersebut sekiranya pihak MADAD tidak memberikan bahagian-bahagian yang diminta. Enggan memanjangkan permasalahan tersebut, Pengarah Urusan MADAD iaitu Ustaz Yaakub Yusra berkata pihak mereka telah menggantikan semula bahagian-bahagian itu kepada peserta berkenaan.

Tak Halalkan Daging Qurban, MADAD Ganti Balik Pada Penama Termasuk Bulu

 

 

Ada baki 3 peserta lain, jadi memang tak boleh nak ambil semua bahagian yang diminta

Menerusi penjelasan lanjut, Ustaz Yaakub berkata sebenarnya akad pembahagian dengan semua penama sudah dibuat sebelum penyembelihan lembu dilakukan. Mengikut akad tersebut juga, sudah dinyatakan bahawa penama akan mendapat 1/3 bahagian manakala selebihnya bakal diagihkan kepada golongan yang layak.

Lepas ni akad tengok bagi elok…Kami bagi kat orang…Kami bukan pi jual kat market

Walau bagaimanapun dalam perkembangan lanjut, katanya isu itu sudah pun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua belah pihak. Mengambil pengajaran daripada kisah ini, Ustaz Yaakub menitipkan nasihat agar setiap penama qurban memahami setiap akad yang dibuat. Jika enggan ada masalah berbangkit, mungkin lebih baik penama menguruskan sendiri penyembelihan dari awal sampai habis proses tanpa melibatkan pihak luar.

@yaakubyusra Replying to @mohdazainiabdullah iyaa semua ikhlas datang membantu,nak harap kan team madad semua kami pon belajar-belajar lagi#murtadhadakwahcentre #korban #madad ♬ original sound - Ustaz Yaakub Yusra

KREDIT :  TikTok Ustaz Yaakub Yusra

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post