” Alhamdulillah, tahniah Umai berjaya bawa pulang pingat emas dan harumkan nama Negara.. ” – DS Siti Nurhaliza


 Video Anak Saudara Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Umairah Diangkat Sebagai Juara World Championship Performing Art 2024 Vocal Junior. Wah Hebat Lah Umai, Juara Dunia Tu. Segala Usaha Dan Titik Peluh Umai Berbaloi !!

Nama anak saudara kepada penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Umairah sudah lama dikenali umum. Umairah merupakan anak sulung kepada Siti Sairah dan sudah banyak memasuki pertandingan dalam negara sebelum ini.

Sebagaimana yang semua ketahui, Umairah mewakili negara Malaysia ke pertandingan World Championship Performing Art 2024 bersama beberapa orang peserta lain. Kehebatan Umairah menyanyikan pelbagai rentak lagu pada peringkat awal memberikan laluan mudah untuk Umairah melangkah ke peringkat seterusnya.

Umairah melakarkan sejarah apabila dinobatkan sebagai juara World Championship Performing Art 2024 Vocal Junior. Menerusi perkongsian di Instagram Umairah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan detik ketika keputusan pertandingan akhir WCOPA diumumkan.

Tepukan gemuruh diberikan apabila nama Umairah diumumkan sebagai juara. Satu kebanggaan buat negara kerana mempunyai permata yang bersinar seperti Umairah. Umairah berjaya mengharumkan nama Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Tahniah buat Sairah dan Umai.. semoga terus cemerlang.. Now focus on our Industry pula.. ”

” Congratulations umairah_sairahtarudin Tahniah Kepada Ibunda sairah Yg Sentiasa Memberi Sokongan Kepada Anakanda Tercinta.. ”

” Tahniah Umai.. terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.. Alhamdulillah.. bangga sangat.. ”

” Congrats Umai, dekat Malaysia tak menang tapi menang di mata dunia.. Alhamdulillah syukur pd Allah.. Proud Of you Umai… demi nak tgok umai ape kerja tak buat hehehe.. ”

” Taniah Terbaik Antara Terbaik , Satu Lagi Permata Seni Bakal Tercipta , Sejarah umairah_sairahtarudi Dan Kedua Ibu Bapa terbaik sitinursairahtarudin mohd_edane atas usaha anda dan semangat , dari kami berdua , dan terima kasih membawa jenama kami ke Peringkat Antarabangsa , terima kasih dan sekali lagi Tahniah.. ”

” Wow syukur alhamdulillah congrats Umairah.. Yeayy umai menang.. cikgu so happy for you.. ”

” Tahniah umai.. sanggup tunggu depan pc dekat ofis tunggu umai perform tadi.. teruskan lagu usaha untuk jadi penghibur terbaik ya.. ”

Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga turut berkongsikan berita kegembiraan ini di Insta Story miliknya. Tentu DS Siti juga bangga dengan kejayaan anak saudara kesayangannya ini.

Alhamdulillah segala penat lelah Umairah demi memastikan dapat memberikan saingan sengit dan persembahan terbaik terbalas dengan kejayaan ini. Umairah pasti akan menjadi penyanyi pelapis harapan negara selepas ini dan semoga lebih banyak kejayaan dikecapi oleh Umairah. Tahniah Umai.

Sumber :  IG Umairah, IG Ctdk

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post