” Bakat terpendam, boleh pergi jauh ni. Mantap Arjuna.. ” – Komen Netizen


 Video Anak Bongsu Rita Rudaini, Airit Qaqa Arjuna Berlakon Dalam Drama Sekolahnya Raih Perhatian Ramai. Wah, Tak Sangka Arjuna Mempunyai Bakat Lakonan Seperti Mummy !!

Meninjau ke akaun Instagram Rita Rudaini, perkongsian sebuah video yang memaparkan satu drama pendek yang dilakonkan oleh anak bongsunya, Airit Qaqa Arjuna telah meraih perhatian ramai. Drama tersebut merupakan drama terbitan sekolah Arjuna.

Menurut Rita, Arjuna sememangnya sudah lama ingin berlakon seperti ibunya. Namun Rita tidak membenarkannya. Kali ini Arjuna cuba melibatkan diri dalam drama di sekolahnya dengan meminta restu daripada ibunya. Hasilnya Arjuna sememangnya boleh berlakon.

Walaupun babak Arjuna hanya sebagai pelakon tambahan tetapi penampilan Arjuna tidak kekok langsung. Bakat Arjuna ini boleh diasah lagi dan nampak berbakat seperti ibunya. Siapa sangka Arjuna yang nampak malu-malu boleh beraksi di hadapan kamera.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh 1 jam yang lalu. Ramai yang memuji bakat lakonan yang ada pada Arjuna dan tidak mustahil jika Arjuna mengikut jejak langkah ibunya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Kakak2 ntie2 sokong adikk..muahh.. Siss ritrud727 pasni RRFC gabung Afc .. Hahahaha comell Juna dan kawan2.. Fotostat mommy.. ”

” Terbaikkk arjuna  Like mother like son la . Kandar tu sekali dinda tsenyum² tgk dia blakon.haha comey ngat aihhh.. “

” On mommy, Mommy ke director nya.. mantap like mommy. Hahahahahha…x bole blah jalan cerita depa …. hahhaha…. terbaik laaaa.. “

” La dia minat ka …ingat dia malu hihi.. Perkhhhh…bakat terpendam blh pergi jauh nii dgn izin mommy ofkoz.. Darah seni mengalir.. “

” Hahahaha… sy tertarik dengan cerita ni… sangat dengan dengan kisah guru… hahaha… hanya yang pernah join kelab guru je Rasa seksa .. “

” Sy Jadi bendahari … dah Jadi macam ceti setiap Bulan Minta cikgu duit. Last2 Kita kene marah… aduhaiii cikguuu oh cikguu… “

” Oittt,juna pandai berlakon naaa.. ni betul2 copy paste mommy dia ni  menyala arjunaaa lurveeee.. dia ada bakat.. comel je semua.. “

Nampaknya Arjuna mempunyai bakat dalam bidang seni seperti ibunya. Darah seni yang mengalir dalam diri Arjuna diwarisi menerusi ibunya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Airit Qaqa Arjuna berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post