” Cerdik betul Bilal ni. Arab boleh, English pun lancar. Abbas pun bukan main laju jalan.. ” –Netizen


 Video Terbaru Gelagat Anak Neelofa, Muhammad Bilal Dan Abdullah Abbas Curi Perhatian Warganet. Alahai Best Dengar Bilal Bercakap, Arab Dan English Dua-Dua Bagus Dan Ada Slang. Abbas Pula Makin Aktif, Laju Betul Jalan Tu Abbas !!

Kehidupan usahawan Neelofa diserikan dengan kehadiran 2 orang cahayamatanya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas. Bilal sudahpun 2 tahun usianya dan Abbas pula bakal menyambut ulangtahun kelahiran pertamanya pada 11 Julai akan datang.

Meninjau akaun Tiktok Nunha HQ dan Nur NLFH, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Bilal dan Abbas. Sebelum ini Neelofa pernah kongsikan video kepandaian Bilal menyambung bacaan surah Al-Quran dan ianya mendapat pujian ramai.

Menerusi video ini, Bilal sekali lagi menunjukkan kepandaiannya. Selain bahasa Inggeris, Bilal juga boleh menyebut perkataan dalam bahasa Arab. Kelihatan Neelofa sedang menerangkan sesuatu dan suara Bilal menyampuk di belakang menyebut ‘ Abyad white ‘ yang bermaksud awan berwarna putih.

Menerusi video kedua pula, Neelofa menunjukkan botol susu baru yang dibeli untuk Bilal dan Abbas. Bilal memang suka bercakap dan perkongsian ini warganet dapat mendengar lebih banyak suara Bilal bercakap. Bahasa Inggeris Bilal juga kedengaran bagus sekali. Abbas pula sudah boleh berjalan dengan laju.

Jom tonton video di bawah :

@nunha.co

Tak focus umi nak buat video! cair hati dengar bilal speaking arab 🤣❤️

♬ original sound - NUNHA HQ

@seorangnur Ada budak tecik dah berjalan laju belakang tu 😍 Geyammm. Abang Bilal macam biasa rajin unboxing dengan Ummi dio ❤️👦🏻 #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #abbas #fyp #fypage ♬ Isyfa'Lana - Aishwa Nahla Karnadi

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Abang Bilal so clever.. Abbas buat tak layan jer.. Abbas tgh seronok berjalan tu, maklumlah baru dapat kaki.. bukan main laju jalan.. ”

” Abbas tknak siap bunyi erkk.. geram betul, perangai anak nombor dua betul abbas ni.. geram dia buat tak layan je.. ”

” Abbas dah jalan ke, ala tomeynyee.. abang bilal budak encem yang pintar.. Suara Abbas dan Bilal sama.. ”

” Masya Allah, comel dan cerdik betul Bilal ni. Arab boleh, english pun lancar.. geramnya suara kecik tu.. ”

” Comelnya suara ustaz kecik tu.. Bijak sangat abang Bilal. Penerus legasi Ustaz Haris.. Insha Allah.. ”

” Bilal sayang, slang betul sebutan open dia tu.. Nanti post read aloud ye.. Abbas pun dah ligat berjalan.. ”

” Seronok abbas berjalan tu maklumlah baru dapat kaki. Abbas macam abang bilal jugak ni belum setahun dah laju jalan.. ”

Seronok warganet melihat telatah dua beradik yang penuh ragam itu. Abbas dengan dunianya sendiri, ke sana ke mari melatih kaki agar lebih laju berjalan. Bilal pula semakin cerdik dan petah, speaking ‘berhabuk’ walaupun masih kecil. Semoga permata hati Neelofa ini membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh.

Sumber :  Tiktok Nunha.com, Tiktok seorangnur

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post