Dicari Selama 19 Hari, Prebet Syafiq Sangka Dirinya Cuma Hilang 2 Hari Di Hutan


 Kehilangan Prebet Syafiq Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim selama 19 hari di hutan sempadan Malaysia-Brunei sempat menjadi perhatian ramai sebelum ini. Namun Alhamdulillah pada Sabtu, 6 Julai lalu, beliau berjaya menjejaki petunjuk laluan rintis yang ditinggalkan oleh pasukan SAR lalu dapat menemui tapak operasi, Forward Operating Base (FOB).

Prebat Syafiq sangka cuma hilang dalam hutan selama 2 hari

Dalam pendedahan lanjut, anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) itu berkata dia benar-benar menyangka dirinya cuma hilang selama 2 hari sahaja. Walhal di dunia yang sebenar, pihak penyelamat sudah menjalankan misi pencariannya selama 19 hari melibatkan kawasan sejauh 4km radius.

Penduduk kampung turut ikut serta dalam misi pencarian Prebet Syafiq

Selain pihak Tentera Darat Malaysia (TDM), beberapa agensi lain termasuklah kumpulan penduduk yang lebih arif tentang  selok-belok hutan berkenaan turut menyertai operasi pencarian Prebet Syafiq. Baik menerusi kaedah moden atau tradisional, semua usaha diambil kira dengan satu tujuan yang sama iaitu untuk mencari keberadaan Prebet Syafiq ketika itu. Pihak PTD juga tidak menafikan adanya unsur mistik dalam insiden tersebut meskipun ia sukar dibuktikan secara nyata.

Hilang kira-kira jam 12.00 tengah hari

Walaupun beliau sudah ditemui dan dilaporkan dalam keadaan stabil, siasatan sama ada kejadian itu mempunyai elemen khianat ataupun tidak tetap akan dijalankan oleh pihak Lembaga Siasatan. Ia juga penting sebagai langkah penambahbaikan terhadap prosedur operasi di masa-masa akan datang. Pada 18 Jun lalu, ketiadaan Prebet Syafiq di posisi belakang kumpulan mula disedari kira-kira jam 12.00 tengah hari. Pencarian segera dibuat oleh pihak TDM dan JUPEM namun menemui titik buntu.

KREDIT : Portal Harian Metro & Sinar Harian

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post