Doktor raih lebih RM60k sebulan buat ramai tergamam – “Wujud rupanya gaji macam ni”


 Seorang doktor pakar kanak-kanak (pediatrik) yang mendedahkan gaji bulanannya mencecah sehingga RM70,000 sebulan telah berjaya tarik perhatian warganet di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, kelihatan doktor tersebut ditemubual berkaitan kerjayanya serta pendapatan bulanan sebagai seorang pakar perunding pediatrik.

Doktor raih lebih RM60k sebulan

@malaysianpaygap She’s saving kids’ lives 🫶🏼 #gaji #salarytransparency #doctorsoftiktok #malaysian ♬ original sound - MalaysianPAYGAP

Ujar doktor terbabit, beliau pernah bekerja dalam sektor kerajaan selama 15 tahun dan kemudiaannya berpindah ke sektor swasta yang menawarkan gaji empat kali ganda.

“Saya pakar perunding pediatrik. Itu adalah impian saya sejak sekolah rendah. Pada 15-16 tahun lalu, gaji basic saya hanya RM2,500 termasuk elaun dalam RM4,000.
“Saya kerja di hospital swasta, saya pernah kerja dengan hospital kerajaan selama 15 tahun.
“Ia kenaikan yang tinggi, empat kali ganda daripada gaji dalam kerajaan ke sektor swasta. Sekarang purata pendapatan saya RM60,000 ke RM70,000 sebulan.
“Kalau awak jadi konsultan dalam kerajaan, mungkin awak akan dapat gaji paling banyak pun RM16,000 ke RM20,000 sebulan,” katanya.

Doktor raih lebih RM60k sebulan

Dalam pada itu, doktor yang tidak mendedahkan nama tersebut sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai terutamanya kerja dalam bidang perubatan supaya terus cekal ketika menjadi pelatih (intern).

Tambahnya, beliau akui setiap pekerjaan mempunyai cabaran tersendiri namun, bergantung kepada individu tersebut perlu bijak untuk mengendali tekanan yang dialami.

“Nasihat saya adalah awak kena survive terutamanya ketika dalam latihan sebab setiap pekerjaan ada tekanan yang tersendiri. Jadi dalam bidang perubatan akan ada tekanannya.
“Awak hanya kena tahu bagaimana untuk survive sewaktu dalam intern, selepas itu ia akan menjadi mudah,” ujarnya lagi.

Netizen terkejut gaji doktor sektor swasta

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan gaji bulanan doktor pediatrik di sektor swasta yang jauh berbeza berbanding sektor kerajaan.

Humble doktor ni!

Bukan itu sahaja, ramai yang memuji penampilan sederhana doktor terbabit walaupun pada hakikatnya beliau mampu untuk menunjukkan kekayaan berdasarkan pendapatan bulanannya.

Sumber: TikTok @Malaysia Pay Gap

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post