Isu Jual Rumah Hasil Titik Peluh Ibu RM4 Juta Oleh Anak Biduanita Sharifah Aini Diperjelaskan


 Pada tahun 2018, satu iklan penjualan rumah agam milik Allahyarhamah Sharifah Aini yang terletak di Petaling Jaya telah tersebar. Ketika itu, ia dingin dijual pada nilai RM8 juta.

Bagaimanapun, baru-baru ini media melaporkan kediaman biduanita ini yang terletak di Petaling Jaya telah dirobohkan.

Sedar tentang perkara itu, anak Allahyarhamah, Aliff Omar Ali berkata tindakan untuk menjual kediaman itu dirasakan tepat dan telah pun selesai.

Walaupun saya sedih, saya rasa itu adalah keputusan yang betul untuk dilakukan.

Perkara ini telah selesai dan saya berharap semua orang memahami keputusan saya.

Aliff dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang masih mengingati arwah ibunya itu.

Terima kasih atas perhatian dan kerana masih mengingat ibu saya yang telah lama meninggal dunia.

Difahamkan, kediaman itu sudah diratakan dan pemilik baharu bakal mengusahakan bangunan tiga tingkat di tanah asal tersebut yang dibeli dengan harga kira-kira RM4 juta.

Kredit: Astro Awani

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post