“Kalau Depan Aku Jack Je Ni” – Achey Bengang Pasangan ‘Childfree’ Cuba Racun Pemikiran Orang Lain


 Konsep ‘childfree’ yang diamalkan sesetengah pasangan berkahwin telah mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Lebih mudarat lagi apabila pasangan tersebut cuba meracun pemikiran orang lain dengan mengatakan anak itu sebagai beban.

Tampil membidas kenyataan itu, Achey berkata anak adalah pewaris dan penyeri dalam kehidupan seseorang.

Malah, doa anak soleh adalah saham akhirat yang paling ditunggu-tunggu apabila ibu bapa meninggal dunia.

Jelas Achey, kerjaya yang paling dibangga-bangga pasangan childfree terbabit bukanlah boleh dibawa ke kubur kelak.

Yang suami pun aku kalau depan-depan aku jack je ni. Aku bab anak ni memang tak boleh lah banyak lagi nak cakap ni.

Susulan isu viral ini juga, Mufti Wilayah Persekutuan telah tampil dengan satu penjelasan dari segi syarak.

Kredit: Instagram Achey

Haram Atau Tidak Pasangan Pilih Hidup ‘Childfree’? Ini Penjelasan Mufti

Sekarang ni makin banyak pasangan memilih untuk hidup tanpa anak disebabkan faktor ekonomi, emosi dan juga masih tak bersedia dengan komitmen.

Disebabkan itu, kehidupan pasangan yang tak mempunyai anak makin popular di Malaysia. Mesti ramai yang tertanya-tanya, dari sudut agama boleh ke pasangan pilih kehidupan ini?

  1. Pasangan yang memilih untuk tidak mempunyai zuriat selama-lamanya bahkan melakukan apa sahaja cara termasuk prosedur perubatan bagi menghilangkan kemampuan reproduksi (pemandulan kekal) dan menggugurkan kandungan tanpa pengesahan doktor perubatan dan sebab-sebab yang dibolehkan oleh syarak, maka perbuatan tersebut adalah haram.
  2. Jika pasangan bersetuju untuk tidak memiliki anak tanpa sebarang sebab yang diambil kira oleh syarak seperti keinginan untuk bebas daripada sebarang tanggungjawab, maka perbuatan tersebut adalah makruh. Ia bertentangan dengan tujuan utama perkahwinan bahkan tidak bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW.
  3. Jika pasangan bersetuju untuk tidak memiliki anak atas sebarang sebab yang diambil kira oleh syarak lebih-lebih lagi jika terdapat kemudaratan dan keuzuran seperti menyebabkan kematian, menyebabkan keadaan penyakit bertambah teruk dan sebagainya, maka hukumnya adalah harus, dengan syarat kaedah pencegah kehamilan tidak mendatangkan mudarat dan bertepatan dengan syarak.

Memperbanyakkan zuriat adalah asas perkahwinan

Mufti juga menjelaskan bahawa institusi kekeluargaan dibina melalui tali pernikahan dan merupakan sunnah Rasulullah SAW.

Menurut Imam al-Khadimi, salah satu antara tujuan (maqasid) perkahwinan adalah untuk menjaga keturunan dan memperbanyakkan zuriat bahkan ia termasuk dalam tujuan asal dan asas perkahwinan.

Objektifnya bagi memakmurkan alam semesta dan mengekalkan kelangsungan kehidupan manusia.

Selain itu, ia juga bertujuan meramaikan bilangan umat Islam, meningkatkan kekuatan dan membina pengaruh sehingga mampu melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi bahkan menjadi saksi kepada sekalian manusia.

Bila dah berkahwin ni, perlu diingatkan bahawa anak itu anugerah dan bukannya beban. Apapun kita perlu bersyukur dikurniakan anak sebab ramai lagi pasangan yang tak berpeluang walaupun dah usaha macam-macam.

Kredit: Mufti Wilayah Persekutuan

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post