Mark Adam Kongsi Pengalaman Anak Angkat Diambil Ibu Kandung, Isteri Trauma Selepas Kejadian Tersebut


 Pengalaman pahit anak angkat diambil semula ibu kandungnya meninggalkan kesedihan dan kesan trauma buat penyanyi Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan.

Emosi Isteri Tergangu

Tidak sanggup lagi si isteri menanggung kesan emosi memikirkan peristiwa tersebut,. Mark enggan lagi memikirkan soal mengambil anak angkat buat masa ini.

Menurut Kosmo, Mark menjelaskan biarlah perkara tersebut menjadi urusan Tuhan dan dia tidak mahu terlalu berharap bimbang peristiwa lampau berulang kembali.

Selepas enam tahun berkahwin, kami pernah mengambil seorang anak perempuan yang sangat comel berusia lapan bulan ketika itu.

Bagaimanapun setahun kemudian kami terpaksa menyerahkan semula anak itu sehingga isteri kerap menangis dan menanggung kesedihan yang mengambil masa untuk sembuh.

Tidak Pernah Menutup Rezeki

via The Star

Mark juga turut memaklumkan bahawa mereka tidak pernah sesekali menutup pintu rezeki sekiranya diberi peluang untuk mengambil anak angkat lagi, tetapi memilih untul lebih berhati-hati.

Namun kami tidak pernah menutup pintu sekiranya ada rezeki untuk ambil anak angkat tetapi kami akan lebih hati-hati dan pastikan ada hitam putih serta mengikut undang-undang.

Enggan bercerita panjang bimbang perasaan isteri terguris, pelakon dan pelawak itu mendedahkan sempat meraikan hari jadi pertama anak itu, sekali gus menjadi kenangan terindah mereka.

Sekadar rekod, perkahwinan Mark dengan Norazah atau dipanggil Izan yang kini sudah memasuki tahun ke-20 belum dikurniakan cahaya mata.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post