"Masa tgh mkn dia termenung je.. "Baru sj dijumpai.. Ramai seram ini pendedahan Askar..


 LIMBANG: Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang dilaporkan hilang ketika menyertai Ops Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang sejak 18 Jun lalu ditemui dalam keadaan lemah namun selamat, pagi Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPPB) Limbang Yunus Tambi ketika mengesahkan perkara itu berkata, Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim 22, ditemui pada jam 11.29 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau yang juga Residen bahagian Limbang berkata, ketika ditemui terdapat kesan luka-luka kecil pada badan Muhammad Syafiq.

“Anggota tentera yang hilang semasa bertugas telah dijumpai pada jam 11.29 pagi hari ini dalam keadaan lemah dan terdapat luka-luka kecil pada badan beliau.

VIDEO:

@hmetromy Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang dilaporkan hilang ketika menyertai Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang 18 Jun lalu, ditemui selamat hari ini. #beritaditiktok #rejimensempadan #JUPEM #hilang ♬ original sound - Harian Metro

“Ketika ditemui senjata masih ada bersama beliau, itulah maklumat yang kita dapat kongsi setakat hari ini dan maklumat lanjut akan kita kongsikan kemudian bila ada laporan penuh daripada pihak di lapangan,” katanya ketika dihubungi media pada Sabtu.

Terdahulu, Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan pada Sabtu berkata, Muhammad Syafiq telah berjaya menjejaki tanda-tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat sehingga beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base (FOB) Tim A.

Katanya, beliau ditemui dalam keadaan selamat, lengkap bersama peralatan dan senjata, namun lemah akibat kelaparan dan dehidrasi.

Kata kenyataan itu lagi, beliau seterusnya diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

“Keluarga Prebet Syafiq telah dihubungi oleh pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi panggilan telefon dan akan diterbangkan ke Sarawak dalam masa terdekat.

“Semua perbelanjaan perjalanan akan ditanggung sepenuhnya oleh TDM,” kata kenyataan itu.

TDM turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi tersebut, khususnya kerajaan Sarawak, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), JUPEM, individu serta semua yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sehingga Muhammad Syafiq berjaya ditemui selamat.

“Dengan penemuan Prebet Syafiq dalam keadaan selamat, maka operasi SAR ini ditamatkan,” katanya.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post