“Pergi berdua, balik sendiri” -Anak2 sayu sambut ibu pulang haji tanpa bapa di sisi


 Sambut ibu pulang haji tanpa bapa di sisi walaupun mereka pergi berdua ternyata cukup memeritkan apabila insan tersayang dijemput Ilahi ketika berada di Tanah Suci.

Ahli keluarga sambut ibu pulang haji di lapangan terbang

Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat akaun TikTok wanie_zaidie8510 apabila memuat naik momen sewaktu menjemput ibunya di lapangan terbang bersama keluarga dengan menerima kenyataan bahawa bapa mereka sudah tiada.

@wanie_zaidie8510 Alhamdulillah mak dah selamat smpai dalam dakapan kami anak2 nya pada 29.06.2024🥰 Alhamdulillah mak sihat dan baik2 saja. Cuma ada sedikit batuk2. Mental dan fizikal mak kuat. Mak juga hebat mcm ayah🥰Mak kata ayah tgh tggu kita smua kat syurga🥰 Walaupun mak nmpk kuat secara fizikalnya, tapi kami smua tau mak berusaha melawan dgn emosi dalam sanubari. Mak jgn risau, sampai kiamat kami 6beradik akan jaga dan pertahankan mak. Sumpah, Kami sayang mak sgt2. Tiada sapa yg boleh sakitkan mak selagi ada kami di sisi. Kini, kami hnya ada mak di bumi ini🤍 Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita tanpa ayah di dunia ini. Semoga smuanya baik2 dan indah2 sahaja. InsyaAllah🤍🤍🤍 Hasbunallah wanikmal wakeel…. #kenanganhaji1445H #haji1445H #hajimabrur #hajidanhajjah #jemaahtabunghaji #tabunghajiterbaik #makjugainsanhebat #sayangmak #alfatihahayah #fyp #fypage ♬ original sound - Wanie_zaidie8510

Sambut ibu pulang haji, ayah sudah berada di syurga

Dalam perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa syukur apabila ibunya selama sampai dan mendakap anak-anak selepas hampir sebulan lebih berada di Tanah Suci.

Ujar wanita itu, ibu tersayang berada dalam keadaan sihat dan kuat dengan memberitahu bahawa allahyarham bapa sudah berada di syurga menunggu isteri serta anak-anak tersayang.

Alhamdulillah mak sihat dan baik2 saja. Cuma ada sedikit batuk2.

Mental dan fizikal mak kuat. Mak juga hebat mcm ayah. Mak kata ayah tgh tggu kita smua kat syurga,” tulisnya.

Sambut ibu pulang haji, momen lambai berdua ketika pergi masih diingati

Wanita tersebut juga berkongsi video sewaktu ibu dan bapanya melambai buat kali terakhir sebelum berangkat ke Mekah pada 12 Mei lalu sebelum menerima khabar bapanya meninggal dunia pada 13 Jun 2024.

@wanie_zaidie8510 Ayah pergi dan takkan pernah kembali lagi!!!!😭😭😭 12.05.2024 Ayah dijemput ke Tanah Suci. Buat pertama kalinya ayah melangkah kaki ke Tanah Haram, dan pertama kali jugak dlm hidup ayah naik flight🥹Bukan tak pernah ajak dia berjalan naik flight, tp dia kata ayah nk naik p haji ja nnti😁 Ayah sgt seronok smpai xmau mkn dh kat rumah. Kalut nak p kompleks tabung haji dah. Sempat ayah jamah bihun grg yg anak mnakan dia bawak ptg tu. Alhamdulillah. Sepanjang 6hari di Madinah, ayah sgt sihat dan kuat. Sempat shopping mcm2 utk anak mnntu cucu2 di buki Malaysia. Lps beli trus pos balik😅. Ayah manusia yg xpernah berkira bab duit atau apa2 saja. Sentiasa mmyantuni xkira sapa. 18.05.2024 Smpai Mekah. Ayah sempat buat umrah sbnyak 2 kali. Ibadah umrah juga merupakan ibadah pertama kali dlm hidupnya. Smuanya pertama kali☺️(naik flight,umrah,haji, jejak kaki ke Tanah Haram). Ayah demam 2 kali di Mekah. Dan pada 06.06.2024 juga pertama kali dlm hidup ayah mndapat serangan jantung!!!Allahurabbi.. Di saat jauh dr anak2 dan sgalanya🥹 13.06.2024 Ayah dijemput Ilahi ke negeri abadi buat selama2nya🥹🥹🥹😭😭😭. Kami redha dan ikhlas!!!!seikhlasnya!Ayah insan teepilih. Insan hebat. Insan teristimewa🥰🥰🥰 Kami sayang ayah. Kami rindu ayah. Rindu serindu rinnndunyaaaaa😭😭😭 #kenanganhaji1445H #jemaahtabunghaji #haji1445H #tabunghajiterbaik #ayah #pergitakkembali #sayangayah #syurgabuatayah #insanterlaluistimewa #alfatihahbuatayah ♬ Pelita Dalam Do'a - Raffa Affar
@wanie_zaidie8510 Al-Fatihah. Kembalinya ayahanda saya, ABD MANAF BIN HAJI HANAPIAH ke negeri abadi. Sama2 sedekahkan alfatihah buat ayahanda saya. Semoga ayah berada di kalangan org2 yg beriman. Aamiin. #haji1445H #kenanganhaji2024 #jemaahtabunghaji #mekahalmukarromah #insanterpilih #insanteristimewa #allahsayang #kamisayangayah ♬ Alfatihah - Mashary Rashid Al-Afassy

Menitik air mata lihat momen ini

Menerusi posting yang dibuat oleh wanie_zaidie8510, ramai yang mengakui sebak melihat momen mereka berangkat berdua namun ternyata hanya seorang sahaja yang pulang dari mengerjakan haji.

Warganet turut mendoakan agar allahyarham Abd Manaf bin Haji Hanafi ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan ahli keluarga yang ditinggalkan terus kuat dalam menempuh kehidupan yang akan datang.

Sebak lihat bapa lambai tangan

Rezeki arwah meninggal di Tanah Suci

Orang yang baik, Allah jemput dahulu

Ramai yang alami hal sama

Sumber: TikTok wanie_zaidie8510

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post