Perkongsian Ibu Shuib Sepahtu Gambar Muka Depan Majalah Lama Yang Memaparkan Muka Shuib, Arwah Siti Sarah Raissuddin Dan Anak Mereka, Uwais Semasa Kecil Buat Netizen Sebak. Siapa Sangka Impian Arwah Yang Tertulis Pada Majalah Itu Tercapai, Kuasa Allah !!


 Perkongsian Ibu Shuib Sepahtu Gambar Muka Depan Majalah Lama Yang Memaparkan Muka Shuib, Arwah Siti Sarah Raissuddin Dan Anak Mereka, Uwais Semasa Kecil Buat Netizen Sebak. Siapa Sangka Impian Arwah Yang Tertulis Pada Majalah Itu Tercapai, Kuasa Allah !!

Pemergian insan tersayang terutama sekali pasangan, anak dan ahli keluarga pastinya membuatkan kita bersedih. Sesekali akan terusik hati kita untuk merindui insan yang telah tiada itu. Itu juga lah yang terjadi kepada ibu Shuib Sepahtu, Puan Salamiah Jalani atau Salmi yang merindui menantunya, arwah Siti Sarah Raissuddin.

Menerusi perkongsian terbaru Puan Salmi di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan gambar muka depan majalah lama yang tertera muka Shuib, arwah Siti Sarah dan anak sulung mereka, Uwais Alqarni. Pada ketika itu, pasangan ini baru memiliki seorang anak.

Tambah Puan Salmi lagi, Sarah menginginkan 4 orang cahaya mata. Impian arwah ini juga tertulis pada majalah tersebut. Siapa sangka dengan ketentuan Ilahi, Sarah betul-betul dikurniakan 4 orang anak iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan.

Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan nama yang dipilih oleh Sarah dan Shuib buat putera dan puteri mereka. Umum mengetahui, Sarah tidak sempat melihat wajah anak bongsunya sebelum pemergiannya. Ayash kini dijaga bagaikan minyak yang penuh oleh Puan Salmi sendiri.

Baca perkongsian di bawah :

Perkongsian Puan Salmi ini membuatkan ramai yang tersentuh. Rata-rata mendoakan kesejahteraan Sarah di sana. Antara komen-komen yang diberikan :

” Sedihnya makbul doa arwah. Nasib baik ada nenek yang baik menjaga cucu semoga nenek pon sihat dan kuat.. “

” Bila mentua menitiskan airmata utk menantu ats rs kasih n sygnya pd menantu. Allahu bertuahnya arwah. Al Fatihah buat bidadari Syurga Siti Sarah.. “

” Siapa tahu pengakhiran seseorg kan. Sungguh Allah muliakan arwah
.. arwah mmg seorang anak yg baik & menantu yg baik… jugak isteri yg baik.. “

” Auto airmata keluar bila bab arwah Sarah ni.. semoga arwah tenang.. aamin.. Alfatihah sebiji muka ayyash.. “

” AL Fatihah di baca untuk arwah Siti Sarah Aamiin..suka tengok arwah layan Shuib.. Allah rindunya kat suara Siti Sarah.. “

” Moga makcik sekeluarga terus kuat… jagalah amanah yang arwah tinggalkan sebaik mungkin.. untung² anak² arwah dapat seorang nenek yang baik … dapat ibu tiri macam Watie.. “

” Alfatihah buat menantu Puan.. cantik arwah sarah.. moga tenang bersama para solehah dan solehin.. aamiin.. “

Allah telah memakbulkan impian Sarah untuk memiliki 4 orang anak. Bekalan yang dibawa seorang manusia sesudah pemergiaannya antaranya adalah doa anak yang soleh dan solehah. Semoga Uwais, Talita, Matin dan Ayash sentiasa mendoakan ibu mereka. Amin..

Sumber : IG amy_salmi

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post