Puteri Sarah dpt anugerah khas ikon ibu tunggal, tiba2 nama Rita Rudaini pulak dipetik?


Ha kita selalu tengok selebriti Puteri Sarah banyak kongsikan mesej positif untuk ibu tunggal di luar sana. Baru-baru ini, dia telah dianugerahkan ikon ibu tunggal di Majlis Pelancaran dan Malam Anugerah MommyHana.

Menurut laporan Malaysia Gazette, founder yang juga pengarah MommyHana, Hana Shahadan berkata konten yang dihasilkan oleh pelakon ini banyak impak positif.

Tambahnya, anugerah ini diberikan hasil daripada hantaran yang dikongsi oleh Puteri Sarah bersama anak-anaknya selalu tular di media sosial dengan jutaan tontonan.

Puteri Sarah mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyanyangi anak-anaknya apabila menyumbang kepada peningkatan tahap kredibiliti dan pengukuhan jenama syarikat.

Pengarah MommyHana itu juga menyatakan konten daripada selebriti berkenaan boleh membantu jenama ini daripada segi kandungan dan pemasaran.

Sementara itu, pasangan selebriti, Nad Zainal dan Ungku Ismail yang turut hadir juga menerima pengiktirafan khas dari jenama ini.

Alhamdulillah rezeki buat Puteri Sarah. Semoga boleh beri banyak lagi nasihat dan sokongan buat ibu tunggal di luar sana.

Kredit: Malaysia Gazette

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post