Sebagai isteri, belajarlah buat walaupun sikit. Suami kita ni pinjaman je.. -Netizen



 Pertengahan Mei lalu, usahawan wanita bernama Yus Amina Mohd Zawiza telah mengumumkan penceraian dengan suaminya, Mohd Afizi Mohd Nasir. Awalnya, segelintir netizen sempat membuat spekulasi kononnya ‘amalan’ pemakaian baju Hello Kitty dalam keluarga mereka merupakan punca keretakan rumah tangga tersebut. Walhal, perpisahan itu berlaku akibat masalah ketidaksefahaman.

Rabu 15/5/2024 sehingga Rabu 5/6/2024…Rujuk semula selepas 23 hari bercerai

23 hari selepas bercerai talak satu, Yus Amina yang mesra digelar Kakak Hello Kitty tampil berkongsikan khabar gembira. Daripada hantaran yang dimuat naik ke TikTok semalam, nampaknya pasangan tersebut sudah pun rujuk kembali sebagai suami isteri sekaligus menunjukkan bahawa ikatan jodoh mereka masih lagi kuat.

Suami ambil anak untuk hantar ke sekolah, terus ajak rujuk

Di samping itu, Yus Amina meluahkan rasa syukur kerana Allah masih menjaga jodoh mereka berdua. Bersama perkongsian bersama mStar Online, difahamkan Mohd Afizi telah datang ke rumah Yus Amina pada pagi Rabu untuk menghantar anak-anak mereka pergi ke sekolah. Saat itu, Yus Amina agak terkejut lelaki berkenaan tiba-tiba meluahkan hasrat untuk untuk rujuk pada hari sama.

Tak payah paksa-paksa pun, buat ikhlas je…Orang cakap apa pun, janji kita bahagia...I love you sayang

Tidak menunggu lama, mereka berdua akhirnya pergi ke pejabat agama pada waktu tengah hari dan akhirnya kembali menjadi suami isteri. Jauh di sudut hati, Yus Amina sememangnya masih mahu mempertahankan bahtera mereka dan peluang kedua ini tentunya cukup menggembirakan anak-anak. Berkenaan dakwaan tertekan diminta memakai baju Hello Kitty pula, Mohd Afizi enggan terlalu mendengar kata-kata orang, asalkan mereka sekeluarga bahagia dengan cara tersendiri.

KREDIT : TikTok kakakhellokitty & Portal mStar Online

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post