"Semoga kita bertemu semula.." Ibu Aliff Aziz Rindu Dengan Cucunya


 Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza meluahkan rasa rindunya kepada cucunya. Dia telah memuat naik ucapan di Instagram miliknya sempena harijadi mereka.

Dia turut memuat beberapa keping gambar kenangan dia dan suaminya bersama dengan cucu-cucu kesayangannya.

Siti Hafiza turut mewakili suaminya dan juga Aisyah Aziz menegaskan bahawa semua mereka merindui Ayden dan Ara yang kini di dalam jagaan ibu mereka, Bella Astillah.

Siti Hafiza turut mendedahkan, walaupun mereka tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ayden dan Ara sehingga ke hari ini, ianya tidak menghalang mereka untuk sentiasa menyematkan cucu mereka itu di dalam hidup mereka.

Siti Hafiza berjauhan dengan cucu cucunya setelah perceraian Aliff Aziz dan Bella Astillah. Namun sebagai nenek, dia sentiasa merindui dan menyayangi cucunya. Dan berharap akan dapat berjumpa dengan cucu cucunya lagi di masa akan datang.

Di Instagram, Siti Hafiza menulis: “Bismillahirrohmannirrahim.

“Birthday Wish & A Love Note for my precious grandchildren @aydenadrean17 & @araadreanna.

“Sanah Helwah buat cucu-cucu Umi Wan & Tok Ayah Ayden & Ara yang sangat kami rindui. Masyaallah Alhamdulillah Ayden you turn 7 years old today?.

“Umi Wan Tok Ayah Daddy Aunty Aisyah & Aunty Ain du’akan Ayden panjang umur menjadi anak yang soleh dan khalifah yang berjaya di dunia dan akhirat.

“Walaupun kami tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ayden & Ara sehingga hari ini we will not stop trying to be in ur lives InshaAllah.

“Enjoy your day sayang. we have left your presents & we hope that both of you received it. Till we meet again in shaa allah we love you both till infinity amin.”


Penjelasan Bella soal anak

Pelakon Bella Astillah mengatakan kepada Aliff beliau tetap akan mengizinkan suaminya berjumpa dengan anak-anak walaupun sudah bercerai.

Bella juga memaklumkan anak-anak tidak bermain telefon, jadi isu ini tidak memberi kesan kepada mereka. Jika anak bertanya, Bella akan bagi alasan ayahnya sedang bekerja.

Diorang (anak-anak) tidak akan terkesan apa-apa. Bella sentiasa bagi alasan yang macam daddy work. Diorang pun tak main phone.

Bella cakap dengan Aliff awak sentiasa boleh jumpa anak-anak. Saya takkan tetapkan apa-apa syarat untuk berjumpa anak-anak.

Bella juga kelihatan sebak semasa menjawab soalan daripada wartawan. Semoga Bella sentiasa kuat bersama anak-anak.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post