” Sesedap tekak je dia bagi nama. Asal terlintas dekat otak je terus dia sebut.. ” – Komen Netizen


 Respon Anak Achey, Tiara Zinnirah Apabila Ditanya Sedang Mengutip Apa Di Tepi Pantai Buat Ramai Terhibur. Adoi, Tak Tercapai Dek Akal Jawapan Tiara Ni, Random Betul. Selamba Je Tiara Jawab Macam Tu Dengan Muka Tak Bersalahnya, Haha !!

Meninjau ke akaun Tiktok Anne Achey, perkongsian sebuah video yang memaparkan cahaya mata Achey iaitu Tiara Zinnirah sedang mengutip siput di tepi pantai telah meraih perhatian ramai. Tiara nampaknya sangat seronok mengutip kulit-kulit siput.

Tiara kemudiannya telah ditegur seseorang dan ditanya sedang mengutip apa. Respon yang diberikan Tiara sangat kelakar. Tiara menyatakan yang dirinya sedang mengutip kerengga. Alahai, dengan wajah yang tidak bersalah Tiara dengan selamba bercakap sedemikian.

Tiara juga turut menyatakan diri turut mengutip tapak kuda. Nampaknya Tiara tidak berfikir panjang dan terus menyebut sahaja apa yang terlintas di fikirannya. Nanti apabila Tiara dewasa kelak pastinya akan tertawa sendiri apabila melihat gelagat Tiara semasa kecil.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Aktiviti sebegini sememangnya menjadi kegemaran anak-anak kerana kebanyakan kulit siput di tepi pantai cantik-cantik belaka dan boleh dijadikan sebagai koleksi.

Jom tonton video di bawah :

@anne_achey21 😂😂🤣😂 Ko org tengok la ni… @tiaracandy_official @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG @TC_Haziq @Tc_poksu🍬 @TC 4lipz🍬 ♬ bunyi asal - anne_achey21

Di ruangan komen, ramai yang terhibur apabila mendengar respon Tiara. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Dia ni lagi lawak dari bapak dia . Hahahahahha.. susah² nk pk buat apa.. hentam je jnji ade nama… kelakar lah tiara.. “

” Patutla pokok rambutan rumah mak kita dah takde kerengga rupanya dah pindah duduk kat pantai. bestnya pantai ctu..ombak xkuat.. “

” Kerengga pun dah tukar angin nak tinggal tepi pantai…. hahhaha.. dia main sembur aje…. udah satu keje nak betulkan… tp Tiara mmg sempoi.. “

” Wah auntie baru tau kerengga ada di pesisiran pantai patut kat pohon mangga xda kerengga agi.. asalkan boleh je si tiara ni. “

” Sesedap rasa dia bagi nama.. Asal terlintas je dkt otak die sebut ea.. Dia mesti tak sedar dia lawak.. Oh jadi yg kek viral tu kek tapak sulaiman rupanya sebab tapak kuda dah de kat laut.. “

” Hihi.. adooiii adik comey Tiara, tlg plz xnk sakitkn prot akak, adik syg hihi.. btui spontan le klakar ko bha adik syg weeiii.. kerengge… keta ketiiiii hihi.. “

” Bukan penghibur..mak ngan ayah je..kami pun terhibur dengan gaya tiara ni. lain macam keta keti dia bang. level maulana PHD punye.. “

Nampaknya Tiara mewarisi bakat lawaknya daripada Achey. Tidak pernah tidak kelakar apabila Tiara berbicara. Ada sahaja yang membuatkan orang ketawa. Semoga Tiara Zinnirah membesar menjadi anak yang baik, taat kepada ibu bapa dan berjaya dalam kehidupan. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Anne Achey

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post