” Topik apa Uqaira ajak sembang tu. Comel, copy paste daddy.. ” – Komen Netizen


 Video Anak Uqasha Senrose, Haura Uqaira Ajak Ibunya ‘Bersembang’ Pukul 1 Pagi Raih Perhatian Ramai. Alahai Ramah Betul Mulut Uqaira Ni, Comel Sangat Suara Tu !!

Meninjau ke akaun Instagram Uqasha Senrose, video terbaru cahaya mata Uqasha iaitu Haura Uqaira telah dikongsikan. Video tersebut memaparkan gelagat Uqaira yang sudah pandai untuk diajak berbual. Alahai, comelnya Uqaira berbual dengan ibunya.

Video tersebut dirakamkan pada jam 1 pagi dan Uqaira dilihat masih belum mengantuk. Nampaknya ibu Uqaira terpaksa melayan Uqaira yang nampak seronok hendak bercerita. Agak-agaknya apalah yang diadukan oleh Uqaira kepada ibunya.

Untuk rekod, Uqaira dilahirkan pada 27 April yang lepas dan kini usia Uqaira sudah hampir 3 bulan. Kehadiran Uqaira sememangnya amat dinantikan oleh Uqasha dan suaminya, Kamal Adli selepas hampir tiga tahun mendirikan rumahtangga.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 41 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai menyatakan wajah Uqaira banyak mewarisi wajah bapanya dan ada juga yang menyatakan wajah Uqaira seiras ibu saudaranya, Raysha Rizrose.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Ramai yang geram melihat wajah comel Uqaira. Antara komen-komen yang diberikan :

” Dia mcm ni .. fmly senrose mengndung keluar tak ikut mak pak dia pon tkapa. ikut belah aunty uncle dia pon dh cukup memadai . moga jadi anak yg solehah uqaira.. “

” Mcm muka adik dia la..yg pelakon sorang yang lawa tu..lupa nama dia.. Sesuai sngt dgn qasha panggil ibu…nmpk lembutttt… “

” Eeeeee…chomel la uqaira nie…iras2 kamal..iras2 uqasha.. Uqaira x nak tido lagi la ibu nak borak2 dulu .. Hehehe ni rutin biasa… talk to me ibu.. dont sleep… “

” Copy paste daddy dia, comel.. Kamal adli junior comel.. tak sabaq nak besar uqaira sayang. Kamal adli sgt ni haura.. .chomell..semoga membesar dgn sihat dan kuat… “

” Comel..Muka mcm makcik raysha lah.. Untungnya Baby…. mak awak Uqasha dek .. Sedu pulak dia….Comey dooh la Hawra Ni…geramnya aunty .. “

” Comel..copy paste muka kamal adli ni.. Ank kita pun tgh ajak borak ni skrg, mahu tidur nii.. topik apa dia ajk sembang tu.. “

” MasyaAllah. Comelnya. Copy paste muka dedi ni. Mata tu. tahnih to uqasha & kamal… comelnya anak dia, mata dia macam mata cina.. “

Alahai, geram sungguh melihat wajah comel Uqaira. Sememangnya bayi seusia Uqaira ini gemar berbual di waktu malam. Semoga Haura Uqaira membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam kehidupannya kelak. Amin..

Sumber : IG Uqasha Senrose

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post