Kenapa Rasulullah SAW Melarang Membunuh Semut? Inilah Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu.







Bolehkah kita membunuh semut dengan racun sedangkan
semut merupakan salah satu dari binatang yang dilarang oleh Rasulullah
SAW dari membunuhnya.





Masalahnya, semut terdapat dimana-mana sahaja termasuk didalam beras, sinki dan disoket lampu.





Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya.





Adakah
Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan,
bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di
dalam sarang?





Dalam sebuah hadis dari Ibnu Abbas r.a. dia
berkata, "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang iaitu
semut, lebah, burung hud-hud dan burung Shurad."





Hadis ini menunjukkan hukumnya haram membunuh empat jenis binatang tersebut atau memakannya.





Islam
merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak
ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula satu perkara
itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang
boleh meringankannya.





Semut sejenis binatang yang berada
dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri
kita dan anak-anak, seperti gigitan dan sebagainya, maka dibolehkan
mengusirnya dengan penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita
inginkan.





Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya
itu serta buanglah ke luar rumah. Setelah itu tutuplah lubang tersebut
agar ia tidak membuat kembali sarangnya.





kalau nampak semut
banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan
rasullullah dulu kita ucaplah .. "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman
a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan..





Kamu adalah makhluk
Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat
sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg
berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..





Jika kita tak suka
semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur
ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam
ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman
a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.
sepanjang masa.





Usaha yang kita lakukan adalah untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.





Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan Rasulullah SAW yang kita tidak mampu memahaminya secara pasti.





Wallahu a'lam.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post