Pernah tular dimar4hi cikgu kerana bersolek, ini yg berlaku lepas Ag0ng dapat tahu.



Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan hantaran seorang bapa yang terkilan dengan guru di sekolah anaknya apabila memarahi murid terbabit kerana mengenakan alat solek sewaktu pertandingan pakaian beragam bersempena dengan Hari Merdeka.

Kena marah cikgu sebab pakai make up

Perkara tersebut menjadi perhatian ramai dan pelbagai maklum balas diterima di TikTok bapa kanak-kanak berkenaan iaitu shazliey1.

Agong turun kenderaan bergambar bersama


VIDEO PENUH DIBAWAH: 


Namun begitu, momen sedih yang dihadapai murid tahun dua itu nampaknya sedikit terubat apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli dengan turun daripada kenderaan yang dinaiki sewaktu selesai Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 di Dataran Putrajaya sewaktu melihat adik Ammara yang melambai-lambainya ketika mahu berangkat pulang.

Menerusi perkongsian bapa kepada adik Nur Ammara Keysha, pengiring kepada KDYM Agong telah menjelaskan kepada Tuanku bahawa kanak-kanak berkenaan adalah murid yang viral beberapa hari lepas di TikTok.


Raja Permaisuri Agong yang berada di dalam kenderaan juga sedikit terkejut dan tersenyum selepas mengetahui tentang adik Ammara.


Ada pelangi selepas hujan


Perkongsian yang dibuat oleh bapa kanak-kanak berkenaan telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet.


Rata-rata mengatakan bahawa selepas hujan pasti ada pelangi memandangkan minggu lalu menjadi hari yang agak menyedihkan buat murid berkenaan selepas dimarahi guru dihadapan rakan-rakan sewaktu hadir ke sekolah memakai alat solek.


Terbuntang mata cikgu tengok adik bergambar dengan Agong


Bagus dik tetap bersemangat


Ada hikmah disebalik kesedihan


Sumber: TikTok @shazliey1, OMM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post