Anak Main Tepuk-tepuk Dengan Hantu Belakang Almari (VIDEO)



Anak kantoi main tepuk tangan dengan hantu budak disebalik almari, nampak jelas tangan hantu duk tepuk2. Bila pergi dekat, tiba2 'dia' hilang, anak keras kejung tak terkata. Rakaman kejadian ada di bawah:


Ibu Ini Kongsi Kisah Seram, Anak Bongsu Nampak ‘Jelmaan’ Abang


Pernah tak anda alami situasi pelik di mana seseorang yang anda kenal, mempunyai ‘jelmaan’ yang serupa dengannya. Jangankan kata wajah, malah tubuh, gerak-geri dan suaranya juga pun sama.

Apatah lagi jika ianya berlaku pada anak kita sendiri. Itulah detik ‘cemas’ yang pernah dirasai seorang warga Group Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia, Jue Riana Yusoff.

Menurut Jue, anak kecilnya mendakwa ternampak jelmaan si abang yang sangat serupa kelibatnya. Tapi apa yang menyeramkan, jelmaan itu telah buat sesuatu yang memaksa mereka segera pejamkan mata.

Jom ikuti kisah Jue di bawah ini.

Meremang bulu roma ibu, anak bongsu nampak abangnya ada dua

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Tak pernah lagi share cerita kat group ni. Biasanya baca kisah sahabat-sahabat dalam group ni sahaja. Kali ni terpanggil untuk cerita yang seram tak berapa nak seram. Seram-seram kuku kata orang.

Kami sekeluarga tinggal di rumah sewa murah. Bilik tidur cuma ada 2 bilik. Jadi anak-anak semua tidur di ruang tamu sahaja sebab satu bilik dijadikan bilik utama dan bilik satu lagi kami buat bilik simpan baju, toys dan tempat solat.

Anak sulung perempuan, 10 tahun (InsyaAllah tengah pelan nak jadikan bilik satu lagi tu sebagai bilik tidurnya sebab dah besar dah). Anak kedua lelaki, 7 tahun. Anak ketiga lelaki, 4 tahun.

Tiap malam biasanya saya akan temankan anak-anak di luar sampai mereka tertidur. Yang abang mudah tidur, tepuk atau garu-garu sikit dah tidur. Kakak kalau dia tak tengok TV mudah juga tidur, tapi nak jugak ibu atau ayahnya garu dulu.

Yang adik ni masalah sikit, lambat tidur, susah nak tidur kecuali kalau penat sangat bermain sebelah siangnya. Dan adiknya ni kalau ibu ayah garu-garu ke tepuk ke, memang tak berkesan langsung taktik tu, lagi bulat biji mata tu ada la.

Alkisah satu malam, ayahnya dah masuk tidur dalam bilik, kakak dan abang pun dah tidur. Tengah saya cuba menidurkan si adik, tiba-tiba si adik pun cakap, “Ibu, abang ada 2 ibu!”

Nadanya bukan nada takut, mungkin sebab si adik ni berani sikit orangnya. Saya bertanya, “Mana dik?”

Dia menjawab, “Tu, abang ada atas sofa,”

Untuk pengetahuan, sofa tu ada kat tepi tilam kami tidur ni. Saya pun  cakap, “Betul ke adik ni….”

Dia jawab, “Betul ibu, abang ada 2, baju sama, seluar sama,”

Saya saja jela tanya dia, “Abang lagi satu tengah buat apa dik?”

Dia jawab, “Abang tu tengah duduk tengok kita tidur ibu,”

Tersentak ibu dengar, terus ajak si adik pejam tidur. Sekian sahaja cerita dari saya buat kali ni.

Sumber: Jue Riana Yusoff melalui Kelab Cerita Hantu Malaysia
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post