Dia Merangkak sebut Allah sambil minta tolong, saksi terkilan, tak boleh tidur gagal selamatkan rider



MASIH tak boleh tidur terbayangkan arwah.”

Pesawat terhempas depan mata, namun pasrah tidak dapat menyelamatkan mangsa.

Begitulah rintihan salah seorang saksi dalam insiden pesawat terhempas di Elmina dekat Shah Alam, Selangor pada Khamis.

“Kapal terhempas depan mata saya dan saya turun dari lori, terdengar mangsa minta tolong. Dan saya ambil pemadam api yang ada di dalam lori.

“Saya terus pergi dekat mangsa, masa tu dia masih bergerak. Saya nak dekati dia yang masih bergerak, tapi masih ada barang-barang yang meletup.




“Saya terus pergi tembak pemadam api, tapi tak cukup untuk padam api di badannya. Saya sudah cuba nak menyelamatkan rider motor, maafkan saya,” menurut Muhd Affendi Sobri yang merupakan pemandu lori.


Muhd Affendi meluahkan perasaan serba salahnya kerana tidak membantu penunggang motosikal yang maut dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie dekat Elmina.


“Arwah jerit minta tolong. Saya tak sanggup tengok dia merangkak sebut nama Allah minta tolong.


“Pemadam api saya dah habis pakai untuk (padamkan) mangsa. Saya rasa bersalah sebab tak dapat bantu dia dari terbakar.


“Maafkan saya tak dapat selamatkan arwah, saya dah cuba,” katanya pada Jumaat.


Rakan membuat panggilan kecemasan.


Menurut Muhd Affendi lagi, ketika kejadian, sahabatnya yang merupakan kelindan lori menghubungi panggilan kecemasan, manakala dia keluar untuk menyelamatkan mangsa.


Malah video yang dirakam Muhd Affendi mengundang sebaknya dan insiden yang berlaku disaksikan di depan mata membuatkannya tidak tenang.


“Saya mula-mula sebak sebab arwah minta tolong, badan dia terbakar. Tapi tak mampu nak tolong sebab masa tu ada benda yang meletup. Selepas itu, baru saya tolong.


“Mungkin Allah nak uji saya dengan cara ni. Saya kuat kerana arwah… saya masih terbayangkan kejadian,” katanya lagi.


Maafkan saya tak dapat selamatkan arwah, saya dah cuba.





MUHD AFFENDI SOBRI

Terdahulu mStar melaporkan sebuah pesawat kecil terhempas di Elmina, dekat Denai Alam, Shah Alam pada Khamis petang.


Penunggang motosikal yang maut dalam nahas pesawat terhempas dekat Elmina.


Pesawat yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah, pada pukul 2.08 petang, dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.


Seramai 10 individu termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun, maut dalam nahas tersebut.


Allahyarham adalah antara lapan individu yang menaiki pesawat ringan berkenaan.


Dua mangsa lain yang terlibat adalah seorang penunggang motosikal dan pemandu sebuah kereta.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pada sidang media bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) memaklumkan mayat kesemua mangsa pesawat ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan berkecai.


[redirect url='https://shope.ee/9es0keqoTN' sec='25']

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post