Mekah Dilanda Ribut Kuat, Sampai Tersembam Jemaah Ditiup Angin



Mekah di Arab Saudi yang merupakan tanah suci Islam telah menyaksikan ribut petir dan hujan lebat yang dahsyat sehingga menjejaskan jemaah haji dalam kejadian pada Selasa, lapor AFP. VIDEO ADA DI BAWAH.


Kejadian yang jarang berlaku menunjukkan jemaah haji mengelilingi Kaabah, yang merupakan tempat umat Islam tawaf telah tergelincir dan basah kuyup.


Selain itu, kilat turut menyambar secara tiba-tiba di hotel ikonik, Menara Jam Diraja Mekah (Fairmont Makkah Clock Royal Tower) menerangi langit malam.


Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan, Hussein al-Qahtani berkata ribut itu membawa angin kencang melebihi 80 kilometer (50 batu) sejam.


Beliau berkata keadaan itu serupa dengan ribut yang berlaku pada tahun 2015 di mana kren di Masjidil Haram telah tumbang dan kejadian itu telah mengorbankan lebih 100 orang.


Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam ribut yang berlaku pada Selasa.


Penduduk Mekah, Abu Mayyada berkata ketika dia keluar untuk membeli rokok dan petrol, keadaan di hadapannya telah berubah menjadi hitam.


Kejadian itu berlaku ketika ribut tersebut melanda di tanah suci itu.


“Tiba-tiba saya hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandu. Saya tidak nampak apa-apa jadi saya mula mendengar al-Quran di radio.


“Saya tidak faham apa yang sedang berlaku,” katanya.


Pusat kaji cuaca memaklumkan di X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter berkata kejiranan Mekah di Al-Kakkiyah telah merekodkan 45 milimeter (1.8 inci) hujan dalam tempoh 24 jam.


Perkara itu turut menyebabkan mereka yang menjaga sekatan meluncur di lantai selain objek yang berada di sekeliling terbang ketika ribut melanda.


“Adegan itu sangat menakutkan.


“Semuanya berlaku dalam masa beberapa minit, apabila hujan mula turun dengan lebat,” kata penduduk Mekah, Mohammed yang membeli-belah barangan runcit semasa kemuncak ribut.


Seorang lagi penduduk, Yusuf berkata biasanya bulan Ogos sememangnya waktu ribut melanda namun Selasa adalah cuaca ribut yang paling teruk.


Dalam pada itu, penduduk turut mengatakan banjir kilat kebanyakannya telah surut menjelang pagi Rabu.


Pun begitu, kerajaan wilayah Mekah berkata bahawa sekolah akan ditutup di kawasan itu dengan pembelajaran dijalankan secara dalam talian.


Sementara itu, pusat meteorologi juga mengeluarkan amaran tentang ribut yang melanda pada Rabu, di mana wilayah Mekah dan tempat lain di barat Arab Saudi akan mengalami hujan dan ribut petir.


Sumber: AFP via France24

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post