Rita dedah tahu cerita sebenar, keadaan bkas isteri pertama

 


Pelakon, Rita Rudaini menganggap penceraian rumah tangga bekas pemain bola sepak, Safee Sali dan bekas isterinya, Fitria Elfina sebagai satu kifarah terhadap wanita tersebut gara-gara menjadi penyondol perkahwinan terdahulu Safee.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Rita memuat naik tangkapan skrin memaparkan temu bual Fitria bersama portal hiburan Mingguan Wanita.

Konteks temu bual tersebut merupakan luahan hati Fitria yang mengatakan perkahwinannya musnah akibat penyondol rumah tangga serta mendakwa Safee berubah akibat orang ketiga itu.

Seakan mengetahui kisah sebenar terjadi terhadap Safee dan bekas isteri pertamanya, Sabarina Yusof, Rita berkata Fitria menitipkan pesan berharap Fitria dapat melalui ‘perit’ seperti yang dirasai oleh wanita yang disondol itu.

“Sorry to say.. what goes around comes around. You jangan buat-buat lupa bekas isteri bekas suami you dulu.. kami semua tahu apa yang terjadi di zaman kami dulu.

“You dah sondol, sekarang you di sondol semula. Kifarah untuk you buat untuk bekas isteri dia (Safee) dulu.

“Time you pula sekarang rasa macam mana bekas isteri rasa tu dulu dengan anak-anak yang masih kecil..

“You tak peduli pun perasaan bekas isteri dan anak-anak dia dulu. Tengah seronok kan, tetap Allah bagi juga you rasa kebahagiaan yang you rampas tu.

“Balasan Allah itu pastu. Tunggu.. Insya-Allah. Jadi you belajar la kuat seperti bekas isteri dia dulu okay,” tulisnya.

Safee dan Fitria cerai talak dua selepas perkahwinan terbina selama 11 tahun.

Safee turut mengakui telah berkahwin untuk kali ketiga bersama wanita lain.

Safee bernikah dengan Fitria Elfina yang merupakan warga Indonesia pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum itu, Safee juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 sebelum berpisah pada 2 April 2012 dan dia juga mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya.

[redirect url='https://www.padumedia.com/you-dah-sondol-sekarang-you-di-sondol-rita-rudaini-anggap-bekas-isteri-kedua-safee-sali-terima-kifarah-allah-dakwa-tahu-kisah-sebenar/' sec='12']

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post